Selena Gomez, bintang Hollywood yang terkenal dengan bakat serba boleh, kini menambah gelaran baharu yang mungkin tidak ramai menjangkakannya – billionaire!
Wanita 32 tahun ini mencatat sejarah baru apabila diiktiraf sebagai salah seorang bilionair termuda di Amerika Syarikat. Dengan anggaran nilai kekayaan yang mencecah RM5.6 bilion.
Dari Bintang Hiburan ke Usahawan Berjaya
Selena Gomez memulakan kariernya sejak kecil, dan popularitinya melonjak ketika membintangi siri Disney, Wizards of Waverly Place. Sejak itu, Selena terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk industri muzik, di mana dia telah mengeluarkan beberapa album yang mencapai kejayaan komersial. Namun, kekayaan besar yang dikecapinya kini bukan hanya dari hasil kerja dalam dunia hiburan.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan Selena adalah perniagaan kecantikannya, Rare Beauty. Jenama yang diasaskannya pada tahun 2020 ini telah mendapat sambutan hangat dan berjaya memikat hati pengguna di seluruh dunia. Rare Beauty bukan sekadar jenama kecantikan biasa, tetapi juga menekankan mesej positif tentang penerimaan diri dan kesihatan mental, yang sangat dekat dengan pengikut setia Selena. Dalam tempoh singkat, jenama ini telah berjaya meraih keuntungan besar, menyumbang secara signifikan kepada peningkatan kekayaannya.
Ads
Pelaburan Bijak dan Kerjasama Strategik
Selain daripada jenama kecantikan, Selena juga terkenal sebagai seorang pelabur yang bijak. Beliau telah membuat beberapa pelaburan dalam pelbagai syarikat teknologi dan perniagaan, yang turut memperkukuhkan kedudukan kewangannya. Selain itu, Selena juga terlibat dalam kerjasama dengan jenama-jenama besar seperti Puma dan Coach, yang menambah kepada pendapatan keseluruhannya.
Penglibatannya dalam dunia perniagaan telah menunjukkan bahawa Selena bukan sahaja seorang selebriti yang berjaya di pentas seni, tetapi juga seorang usahawan yang berfikiran jauh. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah mengukuhkan jenamanya dan memastikan kehadirannya bukan sahaja di dunia hiburan, tetapi juga dalam dunia perniagaan global.
Ads
Inspirasi kepada Generasi Muda
Selena Gomez kini bergelar bilionair, menjadikannya salah seorang bilionair termuda yang berjaya dengan usaha sendiri di Amerika Syarikat. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya golongan muda yang memandang tinggi kepada beliau sebagai contoh teladan.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam perjalanan hidupnya, termasuk masalah kesihatan mental dan fizikal, Selena telah membuktikan bahawa dengan kerja keras, dedikasi, dan ketekunan, sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan besar. Keberaniannya dalam berkongsi tentang perjuangannya melawan penyakit lupus dan kesihatan mental turut menjadikan beliau lebih dihormati sebagai seorang ikon yang tulus dan jujur.
Ads
Kejayaan ini menjadikan beliau inspirasi kepada ramai, dan Selena terus membuktikan bahawa tiada had untuk apa yang boleh dicapai jika kita berani bermimpi dan berusaha keras.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut Berkongsi Tip Kepada El!
NONA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama lah El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hidup memang ditunggu-tunggu oleh sepasang suami dan isteri. Siapa yang tidak gembira apabila dikurniakan bayi yang comel lambang kasih sayang pasangan suami isteri.
Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody bersama penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman juga mengucapkan syukur dan gembira apabila telah dianugerahkan anak pada 14 Januari lalu.
Sebagai ahli sukan Nur Izwani atau lebih mesra disapa Niena beruntung kerana mampu bersalin normal dan yang paling penting hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk pulih daripada sakit bersalin sebagaimana yang dikongsinya melalui laman Instagramnya.
“Mereka ni supporter niena.. tq En. Mi sebab bagi main walaupun ramai yang pelik. Don’t worry, insyallah Niena ok. Niena bersalin normal tanpa amek apa-apa epidural dan jahitan pun dah recover dalam masa 2 minggu je.
Pelik kan tapi itu benar dan kuasa Allah. Niena bersyukur sebab melalui proses recovery yang agak cepat, sebab tu Niena boleh main balik dalam masa yang singkat.
Niena breast feed jugak Adith tapi, alhamdullilah semua ok.. ramai betul tertanya-tanya, apa pun start dari kita pregnant dah kene jaga.
Betul orang cakap, banyakkan jalan dan exercise sebab itu yang membantu semasa dan selepas melahirkan.. apa-apa pun check pada kudrat dan condition badan masing-masing,” kongsi Niena.
Rody dan Niena telah mengikat ikatan perkahwinan pada 27 April tahun lalu di kediaman Niena di Kulai, Johor.
Dalam pada itu Rody turut menyatakan rasa risaunya di laman Instagram. Tetapi dia percaya Kapten Futsal Kuala Lumpur ini tahun apa yang dilakukannya seperti mana yang dikongsinya di laman Instagram.
“Good luck mommy!! Road to final! 10 pagi ni kat Indahpura Sport City Kulai. Perlawanan antara Kuala Lumpur vs Selangor, MAKSAK2019. Alhamdulillah, anda sudah kembali. Inilah dia orang bersukan. Cara dia orang recovery memang sangat displin. Sebagai suami tetap ade rasa risau tapi, bila tengok semangat dia sampai ke final. Go sayangg! I dan seluruh famili akan support you. Good luck Kapten Kuala Lumpur!,” kongsi Rody.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Farah Shazliyana merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Bergelar anak kepada ahli kenamaan yang mempunyai kedudukan serta pengaruh yang kuat dalam pentadbiran negara menjadikan Farah seorang wanita yang matang dalam usia 31 tahun.
Farah Shazliyana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Farah merupakan perunding kewangan di sebuah bank dan ibu kepada seorang anak, Farah Inayah Rose yang kini berusia 3 tahun.
Bersama anak dan suami tersayang.
Dalam sebuah keluarga, anak-anaklah yang menjadi tulang belakang serta kekuatan utama buat ibu bapa. Susah senang dilalui bersama, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
“Saya bersyukur dikurniakan seorang Abah yang sangat baik. Abah sememangnya seorang yang workaholic. Hardworking is an understatement. Sejak dahulu lagi Abah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. There is no such thing as time for himself as he dedicates his life doing his best in any responsibilities he took on.
Saya melihat Abah seorang yang sangat sabar, cekal dan berprinsip. Abah sering berpesan kepada kami tentang nilai-nilai penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Hakikatnya bergelar seorang ahli politik bukan mudah. Selama berpuluh tahun Abah berkecimpung dalam dunia politik.
Walaupun berdepan dengan bermacam dugaan namun Abah terus kuat dan maju ke hadapan. Setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT. Setiap kali Abah merasa tertekan mahupun down kami akan selalu mengingatkannya bahawa kami sentiasa ada untuk Abah.
Kami akan sentiasa menyokong Abah di saat susah atau senang. Sokongan kami sekeluarga akan menjadi kekuatan utama buat Abah dalam mengharungi cabaran dalam kariernya. Sebagai anak kami sangat bangga memiliki Abah dan Mummy yang sentiasa melayan sesiapa sahaja dengan baik, tidak kira apa pun status mahupun latar belakang mereka.
Buat Abah, terima kasih kerana menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Kami sangat bangga memiliki seorang ayah seperti Abah. I learnt a lot from you. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi serta mengurniakan yang terbaik buat Abah di dunia mahupun akhirat. I love you very much!”
WARISI KECANTIKAN IBU
Melihat kepada raut wajahnya yang lembut, Farah ternyata mewarisi kecantikan asli yang dimiliki ibunya iaitu Datin Seri Shamshida Taharin. Farah sebenarnya kagum dengan amalan yang dilakukan oleh ibunya untuk kekal sihat, bertenaga serta cantik luar dan dalam pada usia 56 tahun.
Mummy seorang yang mengamalkan pemakanan sihat antaranya makan nasi sejemput bersama lauk. Tidak hairanlan Mummy sentiasa kelihatan bertenaga serta awet muda. Amalannya itu menjadi inspirasi saya untuk sentiasa menjaga kesihatan luar dan dalam, lebih-lebih lagi selepas berkahwin.
Mummy juga seorang yang sangat sabar mengharungi setiap ujian dalam hidupnya. Mummy akan sentiasa tersenyum, positif dan mencari kebaikan di sebalik semua yang terjadi. Sebagai isteri, Mummy sangat memahami dan supportive. Saya anggap Mummy seperti sahabat baik kerana mudah untuk saya kongsikan masalah bersamanya. Mummy juga seorang yang merendah diri, suka mendekati dan membantu golongan memerlukan melalui program-program kemasyarakatan yang dilakukan.”
Kredit Foto: Instagram Farah Shazliyana Azmin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.