Dirai Bagai Puteri, Ibu Cantik 3 Anak MARION CAUNTER Sambut Birthday Ke-40!

Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan Marion kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.

Semalam, tanggal 5 November merupakan ulang tahun kelahiran jelitawan ini yang ke-40. Berkongsi momen sambutan hari lahir di media sosial, Marion kelihatan cukup bahagia di samping suami tercinta dan tiga anak comelnya. Tampil memikat seperti kebiasaan dalam persalinan gaun putih sedondon dengan keluarga tersayang, Marion disambut bagaikan seorang puteri!

Kongsinya, “The big 40. Oh did I have plans for you. Maybe run my first half marathon. Maybe make my first trip to Africa. Covid hit an everything changed in an instant. This uncertain and challenging year has made me pause and reflect on what truly matters in life and I can honestly say that as I enter a new decade I am more grateful than ever.

Grateful for my health. Grateful for my family. Grateful for my friends who accept me for all my ridiculousness and more. Grateful for all I’ve been bleesed with. I spent my 40th eating a ton of cake with my babies and it was the honestly, the perfect day. I couldn’t ask for more right now.”

Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.

Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!

Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.

Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.

Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.

Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.

Kredit foto: Instagram Marion Caunter

Share
Published by
Suzi