Tahu-tahu dah bertunang! Penyanyi Shila Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada Sabtu.
Shila dan Ubai, 25, yang juga merupakan pempengaruh media sosial masing-masing berkongsi berita tersebut dengan memuat naik beberapa keping fotonya bersama Shila yang sedondon mengenakan persalinan ungu pada majlis tersebut.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas beserta emoji sebentuk cincin.
Berita tersebut sekali gus menidakkan spekulasi yang mengatakan hubungan mereka berdua telah putus selepas Shila, 33, membuat satu hantaran yang seolah-olah memberi gambaran sudah berpisah dengan kekasihnya itu pada Rabu lalu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat senang dengan berita tersebut dan memberikan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.
Difahamkan penyanyi Patah Seribu itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Ubai sekitar lima bulan lalu.
Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Sumber: SINAR Plus | Kredit foto: Instagram @shilaamzah
This website uses cookies.