Disangka ‘Teman Wanita’ Ayah, Wajah Cantik MARISSA DANIA Buat Ramai Tertawan

Kecantikan anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania terus jadi perhatian. Dalam perkongsian terbaru bapanya, Norman Hakim menceritakan kisah lucu dirinya disangka memiliki kekasih baharu gara-gara memimpin tangan anaknya sewaktu membuat urusan bank, baru-baru ini.

Sering menarik perhatian peminat kerana statusnya sebagai anak selebriti, Marissa juga menjadi tumpuan kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat.

Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, Marissa juga sudah bijak memilih gaya yang diinginkan seiring pertambahan usia dan minatnya terhadap kecantikan.

Kini pada usia 17 tahun, kecantikannya kian menjadi sebutan. Malah baru-baru ini ketika keluar bersama bapanya ke bank, Marissa disalah ertikan sebagai ‘teman wanita’ ayahnya.

 

 

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkata kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki berusia menegurnya kerana curiga mengenai hubungan mereka.

“Ada cerita ‘kelakar seram! Ada orang ‘suspek’ yang saya berjalan dengan teman wanita. Siang tadi sebelum masuk pejabat, bawa Marissa Dania buka akaun bank. Bila keluar dari bank, macam biasa saya jalan pimpin tangan dia.

Masa nak sampai kat kereta, ada seorang abang atau pak cik ini tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan cerita keluarga saya. Mukadimah abang ini agak baik, tapi bila kat tengah-tengah nada dah macam tarbiah.

Sambil mata dia jeling-jeling curiga kat Dania. Kemudian dia cakap ambillah iktibar dari kes-kes artis sekarang ini. Kata hati saya dah tak ‘best’. Saya agak abang ini dah ‘misinterpreted’ (salah faham) dan tak husnuzon.” Norman Hakim

 

Sebelum keadaan jadi lebih merisaukan, Norman berkata dia cepat-cepat patahkan kecurigaan lelaki terbabit dan jelaskan siapa sebenarnya Dania.

“Saya terus mencelah dan tanya abang itu nak pergi bank jugakkah? Dalam bank agak ‘clear’ tak ramai orang. Saya baru lepas selesaikan urusan bukan akaun bank untuk anak saya ini.

Dia jawab, oh anak. Rupanya sudah besar ya anak. Saya ingat siapa tadi?” katanya mengimbas dialog perbualan lelaki terbabit.

Norman berkata dia juga cuba husnuzon saja kerana beranggapan mungkin lelaki itu tak memiliki media sosial dan hanya mendengar cerita mengenainya dari orang lain.

 

 

Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim dan Maria Danisha.

Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.

Share
Published by
Norzalina