Hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang faham bila melihat anak-anak membesar di depan mata. Dalam hati seorang ibu sentiasa membayangkan anaknya masih lagi kecil dan perlukan belaian mesranya. Perasaan ini benar-benar ‘teruji’ apabila anak bakal menempuh fasa baru dalam kehidupan mereka saat bergelar suami atau isteri.
Perasaan ini turut dirasakan oleh selebriti terkenal tanah air, Datin Seri Umie Aida. Melalui coretannya di laman media sosialnya, “Baru saya tahu perasaan seorang ibu bakal menerima menantu. Alhamdulilah, syukur dengan nikmat rasa ini,” tulis Datin Seri Umie Aida yang kelihatan cantik dan berseri-seri di majlis pertunangan anaknya.
Wanita cantik yang pernah menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1990/91 ini turut menzahirnya rasa gembira apabila bakal menerima menantu dan merestui pilihan hati anak kesayangannya.
Tambah Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali ini, “”MasyaAllah, rasa tak percaya anak saya sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam hidupnya. Alhamdulilah, ibu gembira dengan pilihan mu Danial,” kata adik kepada Erma Fatima ini.
Wanita yang berusia 47 tahun ini juga mendoakan hubungan anaknya Mohd Danial Firdaus, 27 tahun dan bakal menantu, Haniz Zahira, 28 tahun dipermudahkan. “Semoga sentiasa dalam lindungan-Nya dan diberkati oleh-Nya, amin. Doakan semoga pernikahan mereka berjalan lancar tahun ini ya, InsyaAllah,” tulis Datin Seri Umie Aida yang membawakan watak Diana dalam filem Dukun ini.
Sebelum ini, Datin Seri Umie Aida telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama, Aisha Humaira. Memetik kenyataan isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerusi Harian Metro, kehadiran Aisha Humaira memberi nikmat luar biasa.
“Kehadiran Aisha adalah rezeki yang Allah yang saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Kegembiraan ini saya kongsikan bersama pada majlis akikah dan kesyukuran. Saya bersyukur sangat dengan kehadiran Aisya. Malah, sejak dia lahir, dia memberikan satu kenikmatan luar biasa kepada saya sekeluarga,” kata Datin Seri Umie Aida.
Dalam diam, bayi comel ini sudah meningkat usia 1 tahun dan Datin Seri Umie Aida telah menzahirkan rasa syukurnya ketika tarikh ulang tahun Aisha Humaira baru-baru ini. “Selamat hari lahir Aisha Humaira.
Ibu doakan Aisya Humaira sentiasa dalam lindungan-Nya dan bimbingan-Nya dengan penuh kasih sayang-Nya dan tergolong dalam golongan solehah, akhlak yang mulia dan rezeki yang diberkati-Nya. MasyaAllah, cepat sungguh masa berlalu. Semoga Allah curahkan kebaikan demi kebaikan buat kita semua, amin,” coret Datin Seri Umie Aida.
Siapa suka shopping online mesti dah biasa shopping sini.
This website uses cookies.