Selepas memenangi pilihan raya tahun 2013, Erna Solberg telah dilantik menjadi Perdana Menteri Norway. Wanita yang lahir pada 24 Februari 1961 ini merupakan wanita kedua yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Norway selepas Gro Harlem Brundtland.
Wanita lulusan University of Bergen dalam jurusan sosiolagi, sains politik, statistik dan ekonomi ini juga telah didiagnos disleksia
ketika usianya 13 tahun. Kejayaan Erna Solberg memegang jawatan sebagai Perdana Menteri telah membuktikan bahawa pengidap disleksia mampu berjaya sehingga ke tahap yang tertinggi.Namun setelah 8 tahun memegang tampuk negara Norway, Erna Solberg terpaksa mengundur diri ekoran kekalahan Parti Konservatif di bawah pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 September lalu. Erna Solberg dikatakan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di istana Kerajaan itu.
“Raja Harald V menerima surat peletakan jawatan saya dan meminta saya untuk meneruskan tugas sementara kerajaan baharu dibentuk,” kata Erna Solberg dalam satu sidang media selepas pertemuan itu, lapor Xinhua. Parti Buruh di bawah pimpinan Jonas Gahr Stone bakal membentuk kerajaan baharu Norway.
Erna telah berkahwin dengan suaminya, Sindre Finnes seorang ahli perniagaan pada tahun 1996 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Wanita yang berusia 60 tahun ini juga digelar ‘Iron Erna’.
This website uses cookies.