RAFIDAH IBRAHIM

Belum rezeki! Impian Fida Ibrahim dan suami tercinta untuk timang cahaya mata tidak kesampaian apabila aktres tersebut mengalami keguguran. Enggan terus bersedih dan reda dengan takdir itu, pemilik nama Rafidah Ibrahim ini terus tabah menghadapi hari mendatang.

Raut wajah tenang dan lembut Fida membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan pesona yang dimilikinya. Apatah lagi sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021, nampak berseri-seri dan terserlah wajah bahagia Fida di sisi suami, Shahzemir Shahzulkarib.

Ads

Namun pada November lalu, pasangan suami isteri ini diduga apabila doktor mengesahkan Fida mengalami keguguran. Selebriti berusia 35 tahun berkenaan yang pada mulanya merahsiakan kandungan kerana masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum bagaimana pun terbuka berkongsi cerita.

Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes!

“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan. Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.

Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita dan ibu di luar sana yang diuji jauh lebih hebat. Saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yang berlaku. Pada hari yang sama saya telah diberikan temu janji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yang ada tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10 November, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.

Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yang datang daripada Allah SWT itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.

Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik. Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh.”

Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes!
Fida ketika pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene

Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes!

Mengimbas semula pembabitan Fida dalam industri, nama wanita cantik ini mula dikenali sejak dia menjadi Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007. Sering dikatakan mempunyai wajah iras penyanyi nombor satu negara itu, Fida mengaku ada pertalian darah dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan berstatus sepupu.

Pernah membintangi drama dan filem sepanjang 14 tahun bergelar anak seni, Fida kini tampil lebih matang dan anggun. Mengulas perkahwinan bersama jejaka pilihan, jelitawan ini mendedahkan lelaki yang berjaya menambat hatinya merupakan bekas pengurus Fida sendiri.

Difahamkan pasangan ini saling mengenali sejak 17 tahun lalu dan Shahzemir pernah menguruskan kerjaya seni Fida selama 10 tahun. Dia kini merupakan pengarah bagi sebuah syarikat dan kembali menguruskan kerjaya isteri tercinta.

Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes!

“InsyaAllah Fida bakal merakamkan single terbaharu berkonsepkan ketuhanan dan nasihat. Bagaimana pun ia masih dalam proses sebab kami baru hantar tulang lagu. Sebenarnya target untuk Ramadan akan datang ni. Cuma tajuk lagu masih bincang yang bersesuaian,” ujarnya.

Ads

Sementara itu, menceritakan detik perkenalan dengan suami tercinta Fida berkata keperibadian bekas pengurus telah memikat hatinya untuk ke fasa lebih serius.

“Fida mula mengenali suami sejak zaman belajar di kampus di Kuantan kira-kira 17 tahun yang lepas. Suami merupakan senior Fida di kampus dan kami bermula dengan berkawan, terlibat dengan banyak aktiviti seni bersama. Fida selesa dengan cara dan sikapnya yang sentiasa supportive.

Alhamdulillah suami sentiasa memberi sokongan kerana suami juga merupakan composer untuk lagu cerita lakonan Fida antaranya Ku Memohon PadaMu iaitu OST Drama Epilog Syurga Cinta, Teriakan Kalbu (OST Drama Kasih Alia), Kau Pergi yang juga salah satu OST Filem Man Sewel Datang KL dan beberapa lagi.”

Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes! Diuji Keguguran, FIDA IBRAHIM Reda Belum Rezeki Timang Anak & Kembali Aktif Bisnes!

Walau rutin harian bertambah untuk mengurus jadual seni dan tanggungjawab terhadap suami, Fida bagaimana pun bijak membahagikan masa. Dek minat kepada dunia keusahawanan, dia kembali menceburi bidang tersebut dengan mengusahakan produk kecantikan.

Ads

“InshaAllah Fida sedang mengusahakan semula perniagaan R Secrets Serum di mana dahulunya syarikat Fida hanya supply dan kini Fida mengambil keputusan untuk membuatnya dan dijual secara komersial.”

Bercerita tentang petua kecantikan yang diamalkan, bintang Epilog Syurga Cinta ini mendedahkan dia dan suami konsisten mengambil makanan sunnah dalam kehidupan harian demi menjaga kesihatan mereka.

“Penjagaan kesihatan Fida mengamalkan sunnah di mana setiap pagi Fida dan suami akan mengambil sekurang-kurangnya 1 biji kurma bersama minuman yang dicampur madu, habatussauda, minyak zaitun dan pati jus delima. Kami juga membuat aktiviti outdoor bersama seperti memanah dan hiking.

Fida lebih mengamalkan cara tradisional untuk menjaga kecantikan diri. Misalnya minyak zaitun dara untuk penjagaan rambut dan kulit yang digunakan secara dalaman dan luaran. Untuk diet pula, Fida suka amalkan ulam-ulaman.”

Patutlah dari dulu sampai sekarang kekal langsing. Selain aktif bersukan, Fida juga amat mementingkan amalan pemakanan sihat. Semoga segala perancangan Fida dan suami dipermudahkan kelak dan menjadi inspirasi ramai.

 

 

Kredit foto: Instagram Rafidah Ibrahim

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI