DJ Radio, Pelakon, Hos & Ahli Perniagaan… Kini LINDA ONN Bergelar Penerbit Drama TV!

Wow, banyaknya bidang kerjaya yang diceburi Linda Onn ni. Selepas dikenali ramai sebagai penyampai atau deejay radio, Linda pernah mencuba bakat sebagai hos, pelakon dan masih bergelar ahli perniagaan yang mengusahakan restoran My Mom’s Chicken Rice. Seakan tidak puas dengan kejayaan yang dikecapi… ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini kembali mencabar potensi diri menjadi Penerbit Drama TV! Bukan calang-calang lapangan kerjaya tu.

Kongsi Linda, “Yes, I am now a producer. Tambah 1 P lagi dalam profil kerjaya Linda. Alhamdulillah, setelah mencuba hantar skrip ke beberapa stesen TV, setelah di’reject’ tanpa diberi peluang untuk scriptwriter untuk satu pitching, setelah beberapa kali gagal.. akhirnya RTM memberi kepada syarikat Linda untuk menghasilkan telemovie pertama kami.

Terima kasih kepada semua krew dan pelakon yang sudi bekerjasama. Harap ‘baby’ pertama Linda ini berjaya dan seterusnya Linda dapat menghasilkan ‘baby-baby’ yang terbaik di masa akan datang.”

Menerusi telemovie Kopi Susu Cik Janda tersebut, penyampai radio Kool Fm ini sempat menceritakan pengalaman terbarunya sebagai team produksi. Jelas Linda, “Biasanya Linda duduk depan skrin sebagai hos.. ermm.. adalah kadang-kadang berlakon. Tapi kali ni, macam-macam perkara baru Linda belajar sebagai producer.

Thank you team Kopi Susu Cik Janda yang sudi bekerjasama. Terima kasih RTM atas peluang pertama ini.”

Meskipun sibuk menguruskan keluarga dan mempunyai anak, Ungku Zara yang kini berusia 9 bulan tapi Linda masih mampu mengusahakan perniagaan dan terus mengejar cita-cita hidup. Kalau jiwa tak kental dan tidak bijak bab pengurusan masa, sudah pasti semua yang diimpikan Linda tidak mampu menjadi kenyataan seperti sekarang.

Syabas buat Linda kerana berjaya menyerlahkan kemampuan sebenar wanita kepada khalayak. Moga kejayaan Linda menjadi suntikan semangat buat kaum wanita untuk sama-sama melakar impian. Inilah semangat Superwoman!

 

Kredit : Instagram Linda Onn

Share
Published by
Suzi