
Pada Julai 2022, pelakon jelita Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid telah menunaikan ibadah haji.
Tahun ini Nelydia memanjatkan kesyukuran apabila ibu tercintanya, Rosmizai Mohd Noor berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi berita gembira itu dalam satu hantaran di Instastory.
Menerusi video tersebut, Nelydia bersama beberapa ahli keluarganya yang lain termasuk Uqasha Senrose dilihat turut sama-sama menghantar ibunya ke lapangan terbang.
Malah, pelakon berusia 29 tahun ini kelihatan sebak serta tidak dapat menahan air mata saat menadah tangan ketika doa dibaca.
“Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagi menunaikan haji,” tulis Nelydia dalam Instastory.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana doa dan usahanya itu diizinkan Allah SWT. Dia juga berdoa agar ibadah ibunya itu diterima olehNya.
Semoga dimudahkan segala urusan ibu Nelydia dan dikurniakan haji yang mabrur.
Jadi Model Sejak Usia 6 Bulan, ‘Kembar Paling Cantik Dunia’ Ini Tetap Utamakan PENDIDIKAN

Kalau tanya pada mak-mak nak tak dapat baby kembar, mesti tak ada yang menolak. Hanya sekali mengandung dah boleh dapat dua anak sekali gus, siapa yang tak nak, kan. Lebih-lebih lagi kalau dapat kembar secomel dan secantik pasangan kembar dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini.

Pasangan kembar, Leah Rose dan Ava Marie yang kini berusia 9 tahun telah dikenali sebagai ‘Kembar Paling Cantik Di Dunia’. Keunikan sebagai pasangan kembar dan dikurniakan wajah yang cantik membuatkan Leah Rose dan Ava Marie telah ‘disunting’ menjadi model seawal usia 6 bulan lagi.

Menurut ibu kepada pasangan kembar ini, Jaqi Clements anak kembarnya tetap meneruskan persekolahan seperti biasa walaupun sudah bekerja sebagai peragawati. Ibu kepada Leah Rose dan Ava Marie ini memastikan anak-anaknya tidak ponteng sekolah dan menguruskan jadual kerja hanya di waktu petang atau hujung minggu sahaja.

Selepas paparan mengenai kejelitaan pasangan kembar ini di DailyMail.com jumlah pengikut mereka di laman Instagram telah naik mendadak. Sehingga artikel ini ditulis jumlah pengikut mereka sudah mencecah sehingga 1.7 juta pengikut.

Walaupun populariti sudah memuncak tetapi Jaqi Clements tetap menitik beratkan pendidikan terhadap anak-anaknya. Menurutnya, seorang guru akan ditempatkan di set lokasi seandainya anak-anak kembar ini terpaksa ponteng sekolah.

Kanak-kanak kembar ini tetap membesar seperti kanak-kanak lain. Jika tidak bekerja, mereka melakukan aktiviti harian seperti biasa seperti latihan renang, kelas tarian atau bermain dengan rakan dalam kawasan kejiranan.

Perjalanan karier Leah Rose dan Ava Marie ini diaturkan oleh agensi model mereka, antaranya LA Models, Eris Talent Agency dan God & Beauty. Setakat ini Leah Rose dan Ava Marie pernah beraksi untuk La Petite Magazine, pakaian Petite Adele, V…G-A-PORT…R dan Airfish.

Stigma memerah keringat anak-anak bekerja untuk kepentingan ibu bapa tetap dialami oleh ibu kepada pasangan kembar ini. “Seperkara yang tidak menarik mengenai kehidupan kami adalah apabila ramai menganggap kami sebagai ibu bapa mengambil kesempatan memerah wang anak yang bekerja sebegini.

Perkara ini turut terpalit kepada kami dan mungkin dalam kebanyakan kes, ibu bapa mengeluarkan lebih banyak wang untuk (menyokong minat dan keperluan) anak-anak mereka.

Namun jika kita sebagai ibu bapa menyokong minat anak sekali gus membolehkan mereka menjana wang sendiri digunakan untuk ke kolej, membeli kenderaan atau rumah pada masa hadapan, apa salahnya. Jika anda berfikir sebegitu, ia tidaklah seburuk mana,” katanya.

Abang adik-beradik kembar ini, Chase Robert, turut melibatkan diri dalam dunia peragaan melalui agensi yang sama.

Peribadi Seayu Wajahnya, JISOO Blackpink Nekad Dermakan Hasil Strim Youtube Pada Kebajikan!

Siapa yang tak mengenali girl group dari Korea Selatan yang semakin popular dan digilai satu dunia, Blackpink. Dianggotai empat wanita anggun – Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo keempat-empatnya berpengaruh dan punya peminat tersendiri.
Bukan sahaja berbakat, Jisoo BLACKPINK yang juga wajah jenama fesyen terkemuka Dior antara yang cukup disayangi ramai disebabkan keperibadiannya yang cukup merenda diri dan disenangi ramai.
Manakan tidak, khabarnya Jisoo akan mendermakan hasil kutipan penstriman dari saluran Youtubenya peribadinya sendiri, iaitu “Happiness Jisoo 103%” yang kini memiliki 4.54 juta subcribers di mana semua keuntungan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Baru dibuka sekitar Januari lalu, menurut satu temu bual, Jisoo turut berkonsi sebab dia membuat keputusan berkenaan. “Ia adalah saluran yang sangat mudah. Saya tidak tahu sama ada saya bersedia dalam menyediakan kandungan yang berkualiti.
Tetapi peminat dapat menonton video dengan senang hati selepas tahu yang saya akan mendermakan keuntungan kepada perkara baik, maka penonton dan saya sendiri juga akan menjadi insan yang lebih baik, ” jelasnya.
Menerusi komuniti dalam talian, netizen memuji keperibadian Ji-soo dengan menulis dan meuji keperibadian Ji-soo yang secantik wajahnya. “Menderma semua keuntungan YouTube awak bukanlah satu keputusan yang mudah. Ji-soo sangat mengagumkan,” tulis seorang peminat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
“Kalau Baju Seharian Mahu Nampak Elok, Pakaian Sembahyang Juga Perlu Cantik” Datin Linda

Perkembangan industri fesyen Muslimah yang melimpah dan telah menyuntik keghairahan pereka fesyen memasyhurkan karya patuh syariah. Interpretasi lakaran kanvas yang dizahirkan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Blancheur, Datin Haslinda Abdul Rahim, menggambarkan inspirasi dan cita rasa dalam kelasnya yang tersendiri.
“Memang saya akui perkembangan fesyen Muslimah kini semakin meriah dan terdapat pelbagai pilihan jenama. Secara jujurnya saya mula melibatkan diri dalam industri fesyen Muslimah pada tahun 2015. Jenama Blancheur hadir untuk mengetengahkan modest wear yang premium.
Namun, apabila banyak permintaan yang mahu memiliki mutu dan kualiti yang sama tetapi dengan harga yang mampu milik, jadi saya melahirkan jenama Arjana pula pada tahun 2017. Arjana ini menyasarkan pasaran tempatan dengan harga mampu milik dan saya masih menetapkan kualiti yang sama seperti kualiti premium. Jadi selepas itu semua orang boleh memiliki telekung solat hasil rekaan kami yang mementingkan rekaan dan keselesaan pada muka. Kami adalah pereka pertama yang membuat telekung muka yang tidak berkedut-kedut.
Kita nak berfesyen boleh tidak boleh keterlaluan sangat lebih-lebih lagi pakaian dibawa solat. Mula-mula idea saya nak buat modest wear ini adalah untuk kenalkan industri hijab kita ke luar. Pakaian solat pula lahir apabila saya terfikir apabila menyarung pakaian seharian kita mahu nampak elok, oleh itu pakaian sembahyang juga mahu kelihatan cantik dan kemas. Ini yang menyebabkan kami mementingkan pakaian solat juga,” bicara Datin Linda lembut.
Di awal kelahiran Blancheur menyasarkan untuk pasaran luar negara. Tahun pertama penubuhan telah menyertai beberapa pertunjukan fesyen di peringkat antara bangsa. Di antara pertunjukan fesyen yang telah disertai adalah Nanjing Fashion Week 2015, Mercedes Benz Malaysia Fashion Week 2015 Global Launch di Paris, Islamic Fashion and Design Council’s (IFDC) Modest Fashion Showcase di Dubai 2015 (seiring dengan jenama antarabangsa seperti DVF dan Armani), Mercedes Benz Stylo Asia Malaysia Fashion Week Gala 2015 dan Malaysia Fashion Week 2015 (ketika ini Blancheur memenangi anugerah International Exhibition Award).
“Ramai juga yang bertanya apa faedah menyertai pertunjukan fesyen di luar negara. Sebenarnya di awal penubuhan Blancheur memang sasaran kami adalah untuk pasaran luar negara. Jadi apabila kami menyertai pertunjukan fesyen di negara luar telah membuka mata orang luar untuk melihat hasil kreativiti kami. Melalui pertunjukan fesyen di sana juga kami telah mendapat tempahan seperti di Shanghai, Singapura dan London. Jika jenama lain memulakan langkah perniagaan di pasaran tempatan, kami pula bermula di luar negara. Itu yang membuatkan kami berbeza,” tutur Datin Linda.