Doa Mira Filzah Agar Jadi Ibu Yang Baik, Tahniah! Bakal Timang Anak Sulung

Tahniah! Mira Filzah dan suami yang telah mengumumkan bakal menimang anak sulung tak lama lagi. Teringat doa Mira Filzah sewaktu perbualan kami tempohari ketika sesi penggambaran Nona Superwoman 2020.

Ketika ditanya apakah harapan Mira dalam kehidupan, jawabnya, “Mira cuma berharap agar Mira dapat menjadi orang yang baik, Muslimah yang baik, isteri yang baik, anak perempuan yang baik dan insyaallah ibu yang baik,” semoga doa Mira Filzah dimakbulkan dan bakal melahirkan anak yang soleh atau solehah.

Foto: Instagram @mfmirafilzah
Foto: Instagram @mfmirafilzah

Dalam temu bual tersebut Nona sempat mencungkil sedikit tentang pekahwinan Mira Filzah bersama Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Mengambil keputusan berkahwin pada usia 27 tahun, adakah ianya suatu target umur atau kebetulan? “Mira tak target untuk kahwin sebenarnya. Sebelum ini Mira masih lagi ingat memang Mira cakap dengan mak nak dulukan adik dahulu. Sebab adik memang plan nak kahwin pada tahun ini (2020).

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @mfmirafilzah

Tetapi, ialah dengan izin Allah jodoh dah sampai tak tahu macam mana tiba-tiba tergerak hati nak berkahwin selepas jumpa Emir,” tutur Mira Filzah sambil tersenyum.

Mencungkil kehidupannya selepas berkahwin adakah suamicemburu apabila Mira berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki. “Tidak, Emir ni susah nak nampak dia cemburu. Tak tahulah, susah nak nampak perkara negatif pada dia. Dia sentiasa senyum dan marah pun dia nampak senyum, tak faham kadang-kadang,” gurau Mira Filzah tentang suami tercintanya.

Foto: Instagram @mfmirafilzah
Foto: Koleksi Majalah Nona

Tertanya juga kerana sentiasa nampak Mira Filzah tersenyum di kaca TV. Bagaimana agaknya pelakon ini kawal perasaan marah atau stres. “Mungkin Mira orangnya jenisnya kalau marah dia diam. Maksudnya kalau Mira kalau rasa tak perlu bercakap atau lontarkan, Mira akan diam sahaja.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Tapi kalau Mira perlu bercakap biasanya Mira akan pastikan Mira tenang dulu dah cool sikit mungkin selang a few hour atau esoknya baru Mira akan bercakap tentang apa yang Mira marah,” kata Mira Filzah yang majlis perkahwinannya menjadi trending serta memilih pereka terkenal RizmanRuzaini, FiziWoo dan Rico Rinaldi sebagai pereka fesyen pilihan majlis bersejarahnya itu.

Jika Mira bukan seorang pelakon apakah kerjaya Mira Sekarang? “Mungkin usahawan atau business woman ataupun jadi cikgu atau cikgu tadika,” kata Mira Filzah yang kini sedang mengandung anak pertama.

Share
Published by
Hamizatul Maizan