Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang. Selain itu, salah satu gerakan solat yang baik adalah bersujud kerana secara spiritualnya dapat menghilangkan sifat sombong dalam diri kita.

Ads

Banyaknya manfaat sujud kepada kesihatan sehingga menjadi bahan kajian dan penyelidikan pakar di peringkat antarabangsa. Maka tak hairanlah apabila kebaikan sujud seperti yang disampaikan melalui Surah Al-Sajdah, diangkat sebagai surah pilihan dalam World #QuranHour 2022 kali ini.

 

World #QuranHour bakal diadakan pada 24 Ramadan 1443H, bersamaan Selasa, 26 April 2022. Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

Surah Al-Sajdah dipilih untuk dikaji dan dibumikan bersempena World #QuranHour 2022. Matlamat Surah Al-Sajdah adalah menjadi panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

Dua aspek utama dalam solusi ekonomi ummah iaitu aspek pendidikan dan ekonomi akan dibincangkan agar Surah Al-Sajdah ini menjadi panduan untuk perubahan kerangka fikir ummah. Fokus Surah Al-Sajdah adalah sebagai solusi kepada rasa sombong dan kurang bersyukur dalam diri sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara.

Doa Yang Dibisikkan Ke Bumi Akan Bergema Di Langit, Dalamnya Mesej World #QuranHour Kali Ni!
Doa yang dibisikkan ke bumi akan bergema sampai ke langit

 

Doa Yang Dibisikkan Ke Bumi Akan Bergema Di Langit, Dalamnya Mesej World #QuranHour Kali Ni!

Ads

 

Melalui pendidikan tentang sujud seorang hamba seperti diperintahkan dalam Surah Al- Sajdah, formula dari Ilahi ini akan meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH SWT, membuang ego pada sesama dan membuahkan hasil Dunia Berbudi dan Penyayang.

 

Ads

MISI

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) membawakan misi #QuranHour 2022 dengan Surah Al-Sajdah pada tiga program utamanya iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention yang akan diadakan dengan kerjasama JAKIM, TV Al-Hijrah, Islamic Tourism Center (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara, bersama sinergi media cetak dan elektronik melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal al-Quran.

Kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan dan diterjemahkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir yang dipandu Sunnah Rasullulah SAW.

Dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini, diharapkan Al-Quran & As-Sunnah kembali menjadi manual dan rujukan dalam kehidupan sama ada di dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI