Perkembangan perbicaraan kes membabitkan seorang gadis kelainan upaya (OKU) dikenali Bella yang dipercayai didera terus menjadi perhatian ramai. Bella mengalami kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk. Remaja berusia 13 tahun itu didakwa didera di bawah penjagaan pengasas Rumah Bonda.
Dalam perkembangan hari ini, pendedahan saksi pendakwaan ke-16 kes dera melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali iaitu Dr Rashid Khan Mohamad menggemparkan orang ramai.
Ads
Beliau memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa tertuduh pernah datang ke kliniknya bagi mendapatkan ubat rawatan akibat terkena air panas.
Dr Rashid Khan Mohamad yang bertugas di Klinik Setapak & Surgeri mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.
Jelas Dr Rashid Khan, tertuduh telah datang ke klinik pada 2 Jun 2021 mengadu anaknya tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan ingin mendapatkan ubat berkenaan.
Selain itu, Siti Bainun jelas saksi turut mahu mendapatkan ubat untuk dirinya sendiri.
Tambahnya, beliau telah memberikan ubat iaitu dua jenis tablet voltaren dan motilion untuk tertuduh, manakala combidem cream dan tablet pirton untuk anak tertuduh.
COVID-19
Bagaimanapun Dr Rashid Khan memberitahu bahawa beliau hanya berjumpa Siti Bainun dan tidak berjumpa dengan Bella ketika itu.
Pemberian ubat itu kata saksi hanya berdasarkan keterangan diberikan tertuduh ketika itu tanpa sebarang gambar kecederaan mangsa ditunjukkan kepadanya.
Ads
Sementara itu, dalam soal balas peguam mewakili Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor sama ada menjadi amalan doktor memberikan ubat tanpa berjumpa pesakit, Dr Rashid menafikan perkara itu.
Jelasnya, ketika itu kliniknya berdepan jumlah pesakit yang ramai ekoran pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan klinik memberikan ubat kepada penjaga berdasarkan rekod perubatan sedia ada.
Ads
Ditanya sama ada saksi mengetahui bahawa Siti Bainun datang ke klinik berkenaan bersama Bella dan individu dipanggil Ina, Dr Rashid Khan menjawab tidak tahu.
Turut dicadangkan peguam bela bahawa Bella resah apabila menunggu lama di dalam klinik berkenaan sebelum dibawa keluar oleh Ina dan dimasukkan ke dalam kereta, saksi menjawab tidak tahu.
Bagaimanapun saksi bersetuju kliniknya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang menunggu dan kawasan luar klinik.
Namun jelasnya, rakaman CCTV itu tidak diminta pegawai penyiasat polis.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh boleh dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Watie! Akhirnya teka-teki mengenai hubungan cinta di antara usahawan ini sudah terjawab. Tidak mahu lagi membuatkan peminat tertanya-tanya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuka mulut mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita pilihannya itu.
Dedah Shuib kepada Berita Harian, dia bakal menamatkan zaman duda bersama Watie Hanifiah pada Jun depan.
Bapa kepada empat cahaya mata tesebut turut memberitahu persiapan perkahwinan juga sedang diatur dan berjalan lancar.
“30 peratus persiapan kahwin dah siap. InshaAllah saya dan Watie akan bernikah pada Jun tahun ini.
Dewan dah tempah, saya sebenarnya rasa malu nak cerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan pun saya rasa malu.
InshaAllah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti.”
Seperti dilaporkan oleh Majalah NONA, kelmarin merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah pelakon Ashraf Sinclair, dan isterinya; penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sempat menitipkan kata-kata rindu di Instagram nya buat arwah Ashraf yang diketahui umum sudah dua tahun pemergiannya menemui Ilahi. Untuk rekod, Ashraf meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung.
Dan semalam, BCL turut berkongsikan gambar-gambar di mana beliau menziarahi pusara Ashraf bersama ahli keluarganya termasuklah keluarga suaminya dari Malaysia yang terbang ke Jakarta demi memperingati Ashraf semasa hayatnya.
Yang pasti, kelibat Noah Sinclair, anak tunggal arwah yang dilihat semakin membesar, matang malah sentiasa setia bersama ibu tersayang, sambil memeluk bahu penyanyi itu yang kelihatan sebak mengenangkan memori indah bersama arwah.
Yang paling menyentuh perasaan adalah perkongsian yang dikongsikan ibu Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang memaklumkan cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin ketika di pusara allahyarham sewaktu mereka datang menziarahi.
Menerusi hantaran Instagram ibunya lagi, dia memaklumkan yang mereka hadir ke Jakarta bersempena dengan hari lahir anak sulung mereka. Mereka juga turut datang untuk bertemu dengan keluarga di Jakarta iaitu BCL serta cucu lelaki mereka.
Yang pasti, jelas kelihatan kerinduan di wajah mereka dan berdoa supaya anak lelakinya itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah untuk arwah Ashraf Sinclair.
Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order (RMO) dilaksanakan lagi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat agar mematuhi arahan kerajaan ini. Melihat pertambahan kes jangkitan positif Covid-19 yang mencecah 1,030 sehingga semalam dengan tiga kematian, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam dalam video ringkas baginda menitahkan rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang ditetapkan bermula 18 hingga 31 Mac. Ia sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19 bersama-sama sekaligus mengurangkan kes jangkitan wabak berbahaya tersebut.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menitahkan rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac, dalam usaha bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19.
”Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengajak agar rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
•Jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting
•Saya juga minta batalkan hasrat untuk balik kampung
•Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah
•Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih
•Saya nasihatkan juga agar rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan
•Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu
•Dan yang paling penting jaga kebersihan diri. Kerap membasuh tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng muka serta amalkan penjarakkan sosial
Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, insyaAllah.”
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengesahkan terdapat 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,030 kes.
Dalam pada itu, kes kematian ketiga melibatkan lelaki warga tempatan berusia 58 tahun yang juga kluster jemaah tabligh telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tawau, Sabah kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...