Terinspirasi saat berbual dengan pelajar pintar yang kini sedang meneruskan pengajian Phd atau DPHIL dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di universiti tersohor dunia iaitu University of Oxford, England. Dalam jiwa Dr. Hannah Nazri juga berkobar-kobar semangat untuk membantu anak Malaysia untuk belajar ke peringkat tertinggi.
Penglibatan Dr Hannah Nazri dalam bidang pendidikan perubatan dan usahanya murninya menjalankan aktiviti kemanusiaan menerusi The Kalsom Movement mendapat pengiktirafan di peringkat Global. Bekas pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka ini telah dicalonkan seorang daripada lima finalis untuk anugerah berprestij dunia, 2020 Women of the Future Award UK (Commonwealth).
“Saya sangat gembira kerana dicalonkan untuk anugerah ini. Anugerah ini sebenarnya untuk menghargai wanita muda yang berjaya di Britain. Terdapat juga anugerah yang sama di Asia Tenggara iaitu Woman Of The Future Award, South East Asia. Saya dicalonkan untuk anugerah di Komenwel kerana hasil kerja saya di United Kingdom dan kerja sukarelawan di Malaysia,” tutur wanita yang kini sedang menetap di St. John College, University of Oxford.
Timbul perasaan kagum saat kami berbicara tentang penglibatan Dr Hannah Nazri dalam bidang kebajikan. Wanita ini juga bijak mencari masa untuk aktiviti yang dekat dengan hatinya. “I am very passionate person
. Kalau saya memang passionate about something saya akan cari masa.Saya telah bekerja dan berkhidmat dengan The Kalsom Movement sejak bergelar pelajar perubatan lagi lebih kurang 10 tahun yang lalu. The Kalsom Movement ini adalah charity which is studend-led oleh pelajar-pelajar universiti untuk pelajar-pelajar B40. Kita nak menggalakkan mereka untuk belajar supaya mereka mendapat inspirasi hingga ke universiti,” tutur wanita yang pernah menjadi finalis 2015 Queen’s Young Leaders Award by The Queen’s Diamond Jubilee Trust.
Pesanan Dr Hannah Nazri kepada semua wanita, “Ramai yang telah mendapat ijazah kelas pertama dari universiti tersohor di seluruh dunia dan ramai juga yang mendapat pekerjaan dengan gaji lumayan but what make you different is when you help others. This is my advice to woman out there, help when you can
,” akhiri Dr Hannah Nazri.This website uses cookies.