Lebih kurang seminggu lebih saja lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Syawal. Sekarang pun sudah ramai yang mula membuat tempahan pelbagai jenis kek dan biskut raya melalui Instagram mahupun Facebook. Sama rancak pula dengan tempahan menu berbuka. Sekarang segalanya hanya di hujung jari!
Ads
Namun begitu, ada juga yang memilih untuk mencuba buat sendiri kek mahupun biskut homemade untuk dinikmati oleh keluarga tersayang. Mungkin dengan air tangan sendiri akan lebih berpuas hati lebih-lebih lagi kalau mendapat respon yang baik daripada suami dan anak-anak. Hilang segala penat lelah dan lebih berbaloi!
Nona berikan idea buat anda yang mahu mencuba menghasilkan biskut homemade iaitu Double Trouble Chocolate Chip. Memang sangat sedap dan menggiurkan lebih-lebih lagi kalau dapat dinikmati bersama secawan kopi mahupun teh panas. Lihat rupanya sahaja pun sudah mengiurkan. Berikut dikongsikan resipi Double Trouble Chocolate Chip istimewa daripada Coffee Jeans & Co.
Menurut pemiliknya, Tania Zara, biskut Double Trouble Chocolate Chip ini sememangnya menjadi best seller di Coffee Jeans & Co. Jom cuba!
DOUBLE TROUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
225gm cip coklat (dicairkan)
30gm salted butter (dicairkan)
¼ cawan tepung serba guna
½ camca teh serbuk penaik
2 biji telur
175gm gula
1 camca teh esen vanila
½ cawan cip coklat
Cara Membuat:
Ads
Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan vanila, gaul rata. Masukkan cip coklat dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan pula tepung serbaguna dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
Gaul sehingga sebati. Letakkan adunan ke dalam chiller, biarkan semalaman. Kemudian kaup menggunakan scoop dan susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12-15 minit. Siap untuk dihidangkan.
Ads
TIP: Memandangkan biskut ini adalah jenis lembut ianya tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam bekas. Tempoh terbaik ialah selama tujuh hari selepas dibakar. Selamat mencuba! Untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi kek dan pastri, anda boleh klik Instagram @coffeejeansandco
Sumber Foto: @coffeejeansandco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masakan Timur Tengah memang terkenal dengan portion yang besar dan berasaskan ramuan berkhasiat seperti kekacang dan safron.
Dua sajian yang diketengahkan ini selain mudah disediakan dalam tempoh masa singkat, ia juga kurang manis dan enak dinikmati pada bila-bila masa. Fukhara Om Ali misalnya enak dinikmati ketika masih panas. Selamat mencuba!
Saffron Mahalabiya
Bahan-bahan:
1 liter susu penuh krim
Secubit safron
¼ cawan gula
¼ cawan tepung jagung
Kacang pistasio (dihancurkan)
Buah strawberi (hiasan)
Cara membuat:
Dalam periuk yang sesuai, didihkan susu bersama gula dan safron. Sementara menunggu ia mendidih, dalam mangkuk berasingan, larut tepung jagung dengan secawan air.
Apabila susu sudah bertukar warna kuning, masukkan tepung jagung perlahan-lahan sehingga adunan pekat. Tutup api dan tuangkan adunan susu tadi ke dalam bekas. Apabila sudah sejuk, hiaskan dengan taburan kacang pistasio dan hirisan buah strawberi. Siap untuk dihidang.
Fukhara Om Ali
Bahan-bahan:
1 liter susu penuh krim
8 keping croissant
¼ cawan gula
¼ cawan krim putar
2 sudu makan kacang gajus
2 sudu makan kacang pistasio
2 sudu makan kacang badam
2 sudu makan kismis
Krim masakan
Cara membuat:
Dalam periuk tahan keluli, panaskan susu dengan gula dan krim putar. Angkat dan ketepikan. Kemudian, potong croissant kepada bahagian kecil dan letakkan dalam bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.
Hancurkan kekacang dan tabur di atas croissant tadi. Simpan lebihan kekacang sebagai hiasan. Sesudah itu, tuang susu yang masih panas ke atas croissant diikuti krim masakan di atasnya dan bakar selama 10 hingga 15 minit. Apabila sudah masak, taburkan lebihan kekacang dan hidangkan. Suziana Abu Daud
Resipi: TERIMA KASIH SUNWAY RESORT HOTEL & SPA, CEF ALA’A ALI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
APA PETUA-PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Memasak perlu berada dalam keadaan yang tenang di samping ikhlas. Kalau mood ketika memasak sedang dalam keadaan baik secara tidak langsung hasilnya cukup memuaskan hati. Ahli keluarga juga pasti akan gembira serta berpuas hati dengan masakan kita.
KONGSIKAN MENU TRADISI KELUARGA SETIAP KALI MENJELANG SYAWAL?
Selalunya juadah tradisi yang mesti ada setiap kali menjelang lebaran ialah sambal kacang ayam yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tanpanya maka tidak lengkaplah juadah Hari Raya kami.
KUIH TIRAM
Bahan-bahan:
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu marjerin
Sedikit garam
160ml air
6 sudu tepung jagung
6 sudu minyak
Cara Membuat:
Satukan tepung jagung dan minyak sehingga menjadi pes lembut, ketepikan seketika. Satukan semua bahan lain sehingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli. Uli doh supaya menjadi nipis. Bahagikan doh kepada 4 bulatan kecil kemudian baru dicanai. Sapu doh yang telah dicanai dengan pes tepung jagung, sapu rata. Gulung kemas kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Canai leper lalu digoreng sehingga kekuningan. Sira dengan gula halus. Simpan ke dalam bekas kedap udara.
MARUKU
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung muruku (digoreng tanpa minyak)
2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
3 sudu besar marjerin atau minyak sapi (dicairkan)
Santan secukupnya
Cara Membuat:
Masukkan tepung muruku, bijan, jintan manis, rempah kari daging, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk besar, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin. Gaul adunan sehingga sebati. Buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut. Masukkan doh ke dalam acuan maruku, tekan acuan dan keluarkan doh secara lingkaran. Ulang sampai doh habis. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan maruku dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah duduk di rumah, selera makan tiba-tiba bertambah dan mulut asyik nak mengunyah. Tambah lagi sekarang musim cuti sekolah dan ramai yang work from home, pasti ada yang suka fast food sebagai alas perut.
Baru-baru ini, Nona didatangi tiga hidangan spageti sejuk beku yang mudah disediakan. Rasanya sedap macam hidangan di kafe dan paling menarik, sangat cepat dan mudah dimakan. Ketiga-tiga spageti Ayam Brand ini juga lazat serta diperakui halal oleh JAKIM.
5 KELEBIHAN
Hidangan untuk seorang yang seimbang dan menggabungkan karbohidrat, protein dan lemak untuk hidangan yang enak, mengenyangkan dan rendah kalori bagi membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menghadapi cabaran bekerja atau belajar dari rumah.
Mempunyai sekurang-kurangnya 4g serat pemakanan setiap hidangan supaya anda kenyang.
Tidak mengandungi lemak trans untuk hidangan yang lebih sihat.
Makanan cepat, sihat dan mudah untuk memastikan kita mendapat makanan sempurna walau sesibuk mana sekalipun – kurang 330 kalori setiap hidangan!
Dibuat daripada makanan sebenar yang tidak diproses termasuk ikan kembung, ikan tuna, udang dan sayur-sayuran serta pasta yang disahkan organik. Tanpa MSG, perisa tiruan atau bahan pengawet, hanya rasa yang kaya dan semula jadi. Dimasak sehingga cukup sempurna kemudian dibeku segera di atas pasta organik bagi mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti tanpa bahan pengawet.
Hanya lima minit diperlukan dengan empat langkah mudah. Buang sarung, buka penutup dan tutup semula secara tidak rapat, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro pada kepanasan tinggi untuk 4 minit 30 saat, dan makan. Lebih cepat dari pesan makanan segera, malah menyihatkan!
Selamat mencuba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...