Dalam banyak-banyak perkongsian sempena meraikan Hari Wanita Sedunia yang lepas, sharing asatizah Datuk Dr Norhafizah Musa paling diingati sampai sekarang. Dalam Majlis Ilmu VIP Xcess Ke Syurga itu, beliau berkongsi satu pengalaman menarik sewaktu mengunjungi Raudhah baru-baru ini.
“Sekarang semua jemaah yang ke Mekah dan Madinah mesti gunakan satu aplikasi iaitu NUSUK. Kalau nak ke Raudhah, pegawai keselamatan atau polis di sana tak kira pun kita siapa, yang dimintanya ‘NUSUK kamu mana, NUSUK?
Aplikasi NUSUK tu yang kena ditunjukkan, valid atau tak. Mereka tak pandang pun kita ni jemaah terkenal ke, harta bertimbun ke, sahabat sesiapa ke…
Inilah perumpamaannya bila kita di padang Mahsyar nanti. Tunjuklah apa yang kita ada, saya ada rumah besar, jawatan, pangkat, separuh daripada dunia tu saya yang punya. Tunjuklah apa-apa sekalipun tapi semua itu tak laku di depan Allah.
Jadi yang lakunya apa? Aplikasinya apa?
…HATI YANG BERSIH.” Datuk Dr Norhafizah Musa
Aplikasi NUSUK merupakan syarat wajib bagi jemaah menjejakkan kaki ke Raudhah. Jemaah yang menggunakan visa pelancong perlu memohon permit melalui aplikasi ini bagi mendapatkan slot masuk ke dalam.
Sepertimana pentingnya aplikasi ini untuk jemaah yang berhajat mengunjungi Raudhah, seperti itulah kita perlu memuat turun sifat-sifat hati yang bersih dan sejahtera untuk memasuki syurga.
Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah SWT kepada setiap wanita namun sesungguhnya Dia tidak melihat kepada rupa bentuk seseorang kecuali keadaan hati dan imannya.
Datuk Dr Norhafizah Musa merupakan salah seorang daripada tiga asatizah hebat yang dijemput berkongsi ilmu selain Ummi Dr Robiah Hamzah dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Sesi Talk eksklusif bersama moderator Datuk Hajah Rozzana Rahmat itu jelas membuka mata tetamu tentang nilai diri wanita solehah.
Menariknya, Ustazah Norhafizah ketika itu baru saja pulang daripada menunaikan ibadah umrah. Seronok melihat perkongsian beliau ketika menjejakkan kaki ke Rumah Allah, rindunya baitullah!
“Alhamdulillah selesai umrah kami yang pertama dengan sahabat-sahabat yang budiman. Semoga Allah menerima ibadah kami, mengampunkan dosa-dosa kami, memustajabkan doa-doa kami, memperbaiki kekurangan dan kelemahan kami, mengangkat kedudukan kami di sisi-Nya.
Alhamdulillah, terima kasih pada sahabat-sahabat fillah kali ini yang sabar, manis muka, lapang hati, hampir seharian kita dalam ihram dan semoga nikmat ukhuwah ini membawa kita ke Jannatul Firdaus.”
This website uses cookies.