
Nama Dr Amalina Che Bakri sekali lagi menjadi fenomena atas usaha membantu adik Ainul Mardhiah menempuh prosedur pembedahan pembuangan tumor yang dideritai sejak lahir.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr Amalina kerana telah melorongkan usaha kepada ibu bapa adik Ainul untuk mendapatkan rawatan di Kota London. Usaha yang dilakukan oleh Dr Amalina juga bukan sedikit kerana perlu menyakinkan pegawai perubatan di sana.
Bekas Pelajar Cemerlang 17A1 SPM 2004 ini memang begitu istimewa kerana dilahirkan sangat cemerlang dalam pendidikannya. Ke mana sahaja Dr Amalina pergi menuntut ilmu apa yang pasti keputusan cemerlang pasti menjadi miliknya.
Mengimbas kembali twitter yang telah dimuat turun oleh wanita ini sekitar tahun 2017 lalu benar-benar membuatkan semua orang kagum dan mahu menyuntik inspirasi darinya. Sejuk perut ibunya mengandung dan pasti bangga melihat pencapaian anak yang dikandung selama 9 bulan ini.
Hilang Sebelah Kaki 3 Tahun Lepas, Semangat Juang Ratu Cantik Colombia Ini Cetus Inspirasi!

Kagum semangat bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez mengharungi ujian hidup. Daripada seorang wanita yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan, kini dia terpaksa menerima hakikat ‘kekurangan’ yang dialaminya hari ini.
Tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik paling tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong akibat ischemia iaitu keadaan aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.
Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian Daniella.
Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.
Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!
“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”
Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.
Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami ischemia.
Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya. Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.
Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.
“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.
Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”
Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.
Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!
Aksi Atlet Pemanah Berkuda, Erina Emelina Ismail Curi Perhatian, Tangkas Macam Srikandi Islam!

Tular semula hari ini, aksi atlet pemanah berkuda negara, Erina Emelina Ismail, 30, yang cukup tangkas dan mengagumkan. Ibarat srikandi Islam di medan perang, sifat kepahlawanan Erina ketika menunggang kuda dan ketajaman skil memanahnya mampu membuat sesiapa pun tergamam.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram @majalahnona sebentar tadi, kebanyakan followers rata-ratanya memuji kehebatan Erina yang disifatkan sebagai inspirasi generasi muda.
Sukan ini merupakan gabungan kemahiran menunggang kuda dan memanah. Seorang atlet yang baik harus tangkas mengawal imbangan badan di atas kuda yang berlari, sambil menarik busur panah dan memanahnya dengan tepat pada sasaran.
Kehebatan juara Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan 2016 ini pernah didokumentasikan dalam saluran History Channel Asia. Beliau juga turut mengharumkan nama Malaysia apabila membawa pulang dua pingat emas dalam acara Multiple Shots (Individu dan Berkumpulan) di World Martial Arts Mastership serta satu pingat emas bagi acara yang sama di World Horseback Archery Championship, di Korea Selatan tahun lalu.
Kemenangan Erina sudah tentulah mengejutkan ramai pihak kerana beliau adalah satu-satunya wanita pertama yang berjaya menjadi juara dan menewaskan pemanah berkuda lelaki yang lain.
Memetik kata-kata Erina dalam satu temu bual (klik sini), “Awalnya, saya terbabit secara tidak serius dengan dua sukan ini, memanah dan berkuda. Waktu itu saya masih kuliah. Apabila dapat tahu berkenaan pemanah berkuda iaitu kombinasi dua sukan ini, saya rasa ia sesuatu yang unik.
Tapi waktu itu di universiti saya tak ada tempat latihan untuk sukan ini. Jadi saya mula ketika kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat belajar,” katanya yang juga bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota.
Dalam usaha mengukuhkan teknik dan kemahiran, Erina Emelina yang berstatus pemanah berkuda wanita negara kini berada di bawah naungan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.
Bakat luar biasa Erina sering menjadi pujian jaguh-jaguh antarabangsa dalam sukan yang sama. Beliau adalah inspirasi wanita Malaysia yang hebat dan lebih membanggakan… Erina manis berhijab.
Sumber: Instagram Erina Emelina & Harian Metro
Berjaya Turunkan Berat Badan Hampir 30 KG, Ini Penampilan Terbaru BILLA!

Wow, terperanjat tengok penampilan terbaru Billa. Nampak lebih slim berbanding waktu dia jadi pelajar Akademi Fantasia 2015 dulu. Bukan sebab ‘makan hati’ ya, tapi khabarnya anak pemuzik kumpulan Wings, Eddie ini memang tengah berusaha turunkan berat badan. Terbaiklah Billa, sampai berjaya turunkan berat lebih 27 kg dalam tempoh lapan bulan.
Kalau bercerita bab kuruskan badan, semua wanita pun teringin hendak dapatkan berat badan ideal. Tapi bila tiba masa berdiet, ada saja alasan. Paling biasa kita dengar, ‘Ala, minggu depanlah baru start diet.’ Sudahnya, masuk ke tahun depan pun masih sama. Lepas tu, merungut asyik cakap badan gemuk. Macam mana pula tu?
Apa yang pasti, tanpa azam yang kuat mesti Billa pun tak mampu realisasikan misi berkenaan. Kalau ikut perkembangan terkini Nurnajmi Nabila Samsaidi di IGnya, memang banyak foto-foto inspirasi gadis berusia 22 tahun ini. Daripada berat 140 kg tahun lepas sampai berat terbarunya 113. 4 kg, semuanya dikongsikan Billa sebagai suntikan inspirasi kepada wanita lain yang punya misi sama sepertinya. Malah, Billa turut berkongsi tip sihat yang diamalkan.

- Minum air kosong 2 liter sehari. No air sejuk.
- Makanlah apa je awak nak makan. Tapi kuantiti tu sedikit ya.
- Selepas pukul 7pm, NO FOOD ALLOWED. Lepas tu exercise la. 30 minit pun cukup. Kena kuat iman dengan mental.
Sambil menggunakan hashtag #jomsihatsamasama dan #letsgethealthytogether, jelas menggambarkan anak seni ini sangat positif melakukan perubahan terhadap dirinya. Dan melalui posting terbaru, Billa ada berkongsi video pendek yang menunjukkan rutin senaman perut yang menjadi amalannya. Daripada ambil pil pelangsingan yang belum terbukti selamat, lebih baik buat senaman dan kawal pemakanan seperti Billa. Dah tentu-tentu berkesan dan sihat.
Teruskan usaha anda, Billa. Semoga niat murni anak Eddie Wings ini turut memberi inspirasi kepada semua wanita agar mementingkan gaya hidup sihat!