
Tahniah Dr Amalina & suami tersayang, Alex!
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah bergelar ibu!
We would like to introduce our beautiful princess, Arabella Mia, born last week at St. Thomas’ Hospital.
We adore her and cherish every moment with our little bundle of joy. We are excited to see what the future holds, Alhamdulillah. Lots of love – Amalina & Alex
Menjengah laman Instagram miliknya, Dr Amalina selamat melahirkan seorang anak perempuan minggu lalu di St Thomas’ Hospital. Bayi tersebut diberi nama Arabella Mia.
Baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau sebaik melahirkan anak nanti. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Untuk pengetahuan, United Kingdom memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 39 minggu malah cuti itu boleh dipanjangkan sehingga ke 52 minggu.
Malah menurut Dr Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan.
Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai terkesima.
Nampaknya, Dr Amalina akan menerima gaji penuh untuk 5 bulan pertama selepas bersalin dari tempat dia bertugas kini dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai.
Selamat berpantang Dr Amalina. Enjoy your confinement!
Terpaksa Tinggalkan Anak Baru Dibedah Demi Panggilan Haji, Allah Duga FOUZIAH GOUS!

Dalam keadaan anak yang masih tidak sedarkan diri selepas dibedah, Datin Hajjah Fouziah Gous dan suami, Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof terpaksa meninggalkan cahaya mata kedua mereka di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bukan kerana tidak sayangkan anak… sebaliknya pasangan suami isteri ini yakin urusan ‘jemputan ke rumah Allah’ waktu itu lebih penting daripada segala-galanya dan percaya ia adalah keputusan terbaik mereka. Menyerahkan hidup dan mati serta nasib keluarganya kepada Allah Yang Maha Esa.. Hajjah Fouziah dan suami selamat tiba di Tanah Suci pada saat-saat akhir selepas berdepan pelbagai halangan.
Mengakui lebih selesa disapa Hajjah kerana mahu menghargai kesukaran yang dilalui untuk mendapatkan ‘gelaran’ tersebut, penampilan aktres berusia 35 tahun ini tampak lebih manis sejak dia memutuskan untuk berhijab. Menyimpan kemas semua pengalaman pahit dan manis sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu Ogos lalu.. Hajjah Fouziah secara terbuka membuat pendedahan eksklusif kepada Nona.
“Dua hari sebelum pergi haji anak saya, Zaheen Yusof tak sihat. Bawa pergi ke klinik dan check tapi tak demam pula. Malam tu lepas balik dari klinik saya jadi nervous bila tengok pampers dia ada darah. Bagi minum air atau susu, dia muntah. Call doktor tapi esok pagi baru doktor akan datang untuk periksa usus anak kami. Memang saya tak tidur langsung sampai ke pagi. Keesokan hari, doktor buat ultrasound. Setelah puas diperiksa, doktor kata semuanya ok dan tak jumpa apa-apa yang meragukan.
Kebetulan masa doktor suruh balik ke wad, Zaheen menjerit. Reaksi sama yang saya nampak bila dia rasa sakit. Terus doktor buat ultrasound dan nampak usus besar dan kecil dia tersangkut jadi kena dibedah. Memang besar dugaan Allah bagi tapi saya bersyukur sebab kebetulan waktu itu ada pakar bedah kanak-kanak yang bertugas dan boleh terus buat operation pada hari sama pukul 5 petang. Sampai Maghrib kami tunggu.. anak tak keluar lagi dari bilik pembedahan. Jujurnya, kami suami isteri dah mula tak tentu arah. Segala baju dan kelengkapan haji pun kami tak sempat buat apa-apa lagi.

Ikutkan esok dah nak pegi haji dan kumpulan kami kena berkumpul di KLIA pukul 4 pagi untuk transit di Filipina sebelum bertolak ke Mekah. Tapi sebab anak kena pembedahan kecemasan ni, kami tak jadi ikut kumpulan jemaah seramai 36 orang tu. Walaupun risau dengan keadaan anak, sedikit pun tak timbul niat untuk batalkan hasrat pergi haji. Jadi, sementara tunggu anak keluar dari operation theatre suami sempat beli tiket penerbangan ke Filipina yang dijangka bertolak waktu Subuh.”
Dugaan Hajjah Fouziah tidak hanya terhenti di situ. Meskipun pembedahan berjalan lancar namun Zaheen terpaksa diletakkan di ICU kerana keadaan dirinya yang masih kecil dan belum sedarkan diri. Waktu menatap wajah anak kecilnya itulah Hajjah Fouziah teringat perbualan mereka suami isteri yang secara tak sengaja mengkaji situasi pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sehari sebelum dijadual berangkat ke Tanah Suci. Sungguh, ia seolah-olah menggambarkan perkara sama yang sedang dilalui Hajjah Fouziah dan suami saat itu.
“Seperti mana Nabi Ibrahim meletakkan Allah dahulu daripada anak kandungnya sendiri, seperti itu jugalah yang harus kami lakukan. Setelah bertanya kepada ustaz, semua ini adalah dugaan dan kena percaya kepada Allah. Sebab itu kami memutuskan untuk pergi mengerjakan haji walau apa cara sekalipun. Saya rasa Allah betul-betul bagi satu kekuatan yang luar biasa. Kami masing-masing macam tahu tanggungjawab nak pergi haji.
Walhal bila saya ada di pejabat pun, saya akan tetap bawa anak sebab tak mampu berenggang dengan mereka. Tengah malam lepas selesai packing baju semua, kami datang balik ke hospital nak tengok Zaheen tapi dia masih belum buka mata lagi. I try to be strong. Balik rumah, memang tak boleh tidur. Subuh tu, kami bersiap-siap untuk berangkat ke Filipina.
Bila kita tahu maksud reda yang sebenar, apa saja yang berlaku bukan lagi benda besar. Dah sampai Filipina kami akhirnya dapat bertemu dengan kumpulan jemaah kami. Mereka sedang tunggu di dalam bas sebab penerbangan kami ditunda. Lepas makan, kami balik semula ke airport sebab waktu penerbangan dalam pukul 12 tengah malam. Bayangkan keadaan kami suami isteri yang dua hari tak tidur. Memang lesu. Walaupun flight ditunda tapi Alhamdulilah, saya dapat facetime.. chat dengan anak. Ada hikmah tersendiri yang susah nak diungkapkan. Saya percaya Allah bagi benda yang Dia dah rancang yang terbaik untuk kita.”
Ujian datang menimpa lagi ketika mereka dijadual berlepas ke Mekah. Sebaik saja semua penumpang sudah berada di dalam pesawat, mereka kemudian diarahkan keluar atas sebab teknikal. Berbekalkan beg bimbit yang hanya membawa Al-Quran dan telekung serta persalinan yang dipakainya, Hajjah Fouziah dan kumpulan jemaahnya ditempatkan di sebuah hotel di Manila buat sementara waktu. Diam tak diam, mereka terkandas di Filipina selama tiga hari dua malam.
“Masa tu 15 haribulan Ogos.. ikutkan 17 haribulan dah tak boleh masuk Mekah sebab dah nak wukuf. Nasib baik kami naik Saudia Airlines dan diberi keistimewaan kerajaan Arab Saudi, jadi tak terlepas wukuf. Kelebihan Allah nak bagi, saya dapat tidur puas-puas. Daripada nak buat haji tamattu.. dapat pula buat haji ifrad. Walaupun makanan, hotel dan segala keperluan kami sepanjang terkandas tu sangat best dan hebat tapi selagi tak dapat pergi Mekah, rasa kosong. Kalau tengok sudut positif pula ketika terkandas ni, saya dapat communicate dengan anak-anak saya very well. Alhamdulillah.
Sampai je malam tu kami semua terus ke Arafah. Masa dekat Muzdalifah, Arafah dan Mina pun kami terkandas. Dengan pakai baju yang sama lagi.. tapi syukur, akhirnya kami dapat mengerjakan haji dengan baik walau berdepan dengan macam-macam dugaan. Bila dikenang kembali semua kenangan ini, saya dapat rasa betapa besarnya cabaran dan sukarnya to get my ‘Hajjah’,” akhiri Datin Hajjah Fouziah.
Perkongsian Datin Hajjah Fouziah ini jelas menunjukkan betapa besar ‘kuasa’ yakin terhadap Allah SWT. Andai kita reda dengan ketentuanNya, yakinlah Dia ada perancangan yang lebih hebat. Moga impian kita semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti dimakbulkan. InshaAllah.
BCL Dikhabar Bakal Kahwin, Tukar Nama IG Tanpa Gelaran ‘Sinclair’ & Nak Cari Bahagia!

Tindakan Bunga Citra Lestari menukar nama di akaun Instagram miliknya dari BCLSinclair ke ‘itsmeBCL’ seolah-olah menguatkan spekulasi di Internet kebelakangan ini bahawa penyanyi terkenal Indonesia berkenaan bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.
Sejak beberapa minggu lepas, timbul desas-desus menyatakan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini bakal bernikah pada 2 Disember. Malah kad jemputan pernikahan juga sudah tersebar.
Namun tiada pengumuman rasmi dibuat Bunga, ahli keluarga mahupun pihak yang terlibat.
Difahamkan Bunga Citra Lestari akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan berstatus duda yang dipercayai sahabat lamanya iaitu Tiko Wardhana.




Sehubungan itu, media sosial Bunga menjadi perhatian peminat dan rata-rata mereka mengikuti rapat perkembangan selebriti ini biarpun tiada kenyataan atau sebarang gambar didedahkan ibu berusia 40 tahun berkenaan.
Kali terakhir Bunga dilihat menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair ialah pada 8 November lalu.
Meskipun Ashraf sudah tiada tetapi hubungan ibu bapa Allahyarham dengan BCL dan Noah tetap terjalin akrab. Begitu juga adik-beradik arwah yang sering mengunjungi Bunga di Indonesia.



Kehidupan pelantun lagu Cinta Sejati ini menjadi perhatian peminat di Malaysia lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang meniti usia 13 tahun.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/ibu-aktif-ada-2-anak-wajah-comel-anak-perempuan-aishah-sinclair-curi-tumpuan/
Kurang 10 Minit Jalani Pemeriksaan PAP SMEAR Beri Peluang Kepada Wanita Hindari KANSER SERVIKS!

Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan salah satu penyakit kanser yang serius daripada 200 jenis penyakit kanser di dunia. Hampir 650 orang mati setiap hari di seluruh dunia dan hampir 240,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh kanser serviks.Kanser yang sering dikaitkan dengan kaum wanita ini dikatakan kanser alat kelamin yang menjadi pembunuh utama wanita.
Ujian pap adalah satu ujian yang ringkas yang biasanya dilakukan untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser. Oleh itu, ujian pap boleh mengesan perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser. Ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks. Ia mula digunakan secara meluas pada tahun 1950an. Antara tahun 1950 hingga 1970, bilangan kematian akibat kanser serviks di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 70 peratus.
Apakah kanser serviks?
- Kanser serviks adalah salah satu daripada 200 jenis kanser dan berlaku dalam serviks iaitu bahagian uterus yang berbentuk kon yang menyambungkan bahagian atas uterus (rahim) dengan vagina (faraj)
- Kanser serviks terjadi apabila sel-sel abnormal di dalam lapisan serviks mula membiak secara tidak terkawal sebagai gerak balas kepada jangkitan HPV. Sel-sel serviks yang abnormal boleh berkumpul untuk membentuk gumpalan yang disebut sebagai tumor. Tumor yang benigna (tidak berkanser) pula merebak dari puncanya dan membesar sehingga menjadi kanser yang mengancam nyawa.
Penyebab kanser serviks
- Hampir kesemua kanser serviks disebabkan oleh sejenis human papillomavirus (HPV) iaitu virus biasa yang menjangkiti kira-kira separuh manusia pafda suatu ketika dalam hidup mereka.
- Lebih dua per tiga dari kanser serviks disebabkan oleh HPV berisiko tinggi jenis 16 dan 18
- Dalam suatu kajian antarabangsa di kalangan wanita yang menghidap kanser serviks di 22 negara, lebih 90 peratus wanita di Asia Selatan (India, Indonesia, Filipina dan Thailand) berjangkit dengan HPV terutamanya jenis 16 dan 18.
Bagaimana kanser ini dirawat?
- Terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati bagi lesi serviks yang berupa kanser atau prakanser. Dalam setiap keadaan, seseorang wanita dan penyediaan penjagaan kesihatannya dapat menentukan rawatan paling sesuai.
- Peringkat prainvasif – Apabila kanser telah menyerang hanya lapisan luar serviks, pembedahan laser yang menggunakan laser untuk menghapuskan sel-sel yang abnormal perlu dilakukan.
- Kriopembedahan yang menghapuskan lesi kanser dan prakanser dengan membekukannya.
- Prosedur eksisi pembedahan gelung (loop electrosurgical excision procedure LEEP) yang menggunakan gelung dawai yang halus untuk memotong bahagian yang mengandungi sel-sel abnormal untuk dibuang dari serviks.
- Biopsi kon yang membuang tisu berbentuk kon dari serviks melalui pembedahan.
- Peringkat invasif apabila kanser memasuki serviks dan mungkin juga tisu dan organ yang lain, rawatannya boleh merangkumi sinaran yang menggunakan tenaga tinggi untuk mengecilkan tumor, kemoterapi yang menggunakan ubat antikanser yang mampu merawat semua bahagian tubuh untuk membunuh sel serta histerektomi yang boleh dilakukan dengan dua cara bergantung kepada keterukan kanser.
- Histerektomi ringkas ialah pembuangan kanser serviks dan uterus
- Histerektomi radikal melibatkan pembuangan serviks, uterus dan sebahagian vagina dan nodus limfa di bahagian yang berkenaan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH