Untitled design (51)

Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Setiawangsa, Dr Amanda Elli atau terkenal dengan panggilan Dr Unicorn baru-baru ini memuat naik satu video berdurasi kurang 20 saat di akaun Instagramnya.

Ads
DR AMANDA ELLI Kongsi Jenis-Jenis Rehat Untuk Elak BURNOUT, Nombor 5 Paling Penting!
Dr Amanda Ellie.

Dalam videonya itu, Dr Amanda menyenaraikan 8 jenis rehat yang boleh dilakukan untuk membantu berlakunya burnout. Jom baca!

REHAT FIZIKAL (AKTIF)
Pastikan waktu tidur sekurang-kurang 6-8 jam sehari untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik dan nyenyak.

Selain itu, lakukan juga senaman regangan agar fizikal kita mendapat kelegaan yang secukupnya. Seharian bekerja pastinya membuatkan badan kita mudah letih, otot juga mengalami ketegangan. Maka, senanam adalah penyelesaian terbaik selain tidur yang berkualiti.

REHAT FIZIKAL (PASIF)
Boleh lakukan aktiviti urutan bagi untuk kelegaan fizikal yang kelesuan. Selain itu, boleh menggunakan kerusi jenis ergonomic sebagai alat sokongan. Rawayan refleksologi juga disarankan.

DR AMANDA ELLI Kongsi Jenis-Jenis Rehat Untuk Elak BURNOUT, Nombor 5 Paling Penting!REHAT MENTAL
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan agar kesihatan mental kita sentiasa terjaga antaranya ialah dengan membuat jurnal serta checklist untuk setiap aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari.

Di samping itu, lakukan latihan meditasi bagi memulihkan kembali minda yang keletihan. Apabila kesihatan minda lebih tenang maka kita akan lebih produktif. Caranya mudah saja, boleh dilakukan secara duduk sambil memejamkan mata. Tarik nafas perlahan-lahan dan teratur selama 10-20 minit.

Ads

REHAT MATA
Tutup mata dengan cara turn off media sosial secara berkala. Jagalah kesihatan mat akita dengan baik.

DR AMANDA ELLI Kongsi Jenis-Jenis Rehat Untuk Elak BURNOUT, Nombor 5 Paling Penting!REHAT EMOSI
Jika ada sebarang masalah, luahkan kepada ahli keluarga terdekat (bagi yang sudi mendengar). Jangan pendam segala masalah anda seorang diri kerana ia hanya akan memudaratkan kesihatan anda.

Ads

JUMPA KAWAN-KAWAN LAMA
Ini salah satu terapi terbaik untuk merasa lebih ceria dan bahagia. Walaupun jarang berjumap tetapi setia dan ikhlas dalam persahabatan. Mesti macam-macam topik akan diborakkan, secara tak langsung jiwa pun tenteram. Ingat, elakkan persahabatan yang toksik.

REHAT SPIRITUAL
Sebolehnya, manfaatkan masa terluang yang ada dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat contohnya melakukan aktiviti sukarela. Bukan hanya untuk diri sendiri bahkan juga untuk keluarga serta masyarakat.

DR AMANDA ELLI Kongsi Jenis-Jenis Rehat Untuk Elak BURNOUT, Nombor 5 Paling Penting!REHAT KREATIF
Sekali sekali bolehlah anda buat perancangan untuk explore tempat-tempat baru sambil menikmati keindahan alam semula jadi atau pergi bercuti untuk merehatkan fizikal dan mental. Bebaskan diri anda seketika dari segala beban masalah dan tekanan. Percayalah, bila diri sudah kembali tenang, semangat baru akan menjelma.

Kredit Foto: Instagram Dr Amanda Ellie

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI