Dr Cute International Sdn Bhd mencipta gelombang dalam industri kecantikan dan kesihatan hari ini dengan pelancaran rasmi Sunproof Coffee, pelindung matahari oral pertama di Malaysia. Acara yang penuh bermakna ini diadakan di Vivatel Kuala Lumpur dan dihadiri oleh tokoh industri, pengaruh media sosial, serta wakil-wakil media.
Selain pelancaran produk, acara ini turut memperkenalkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), dengan pelaburan bernilai RM10 juta yang bertujuan memperkasakan usahawan Bumiputera dalam industri kecantikan dan juga bagi tujuan penyelidikan bersama oleh Pusat Penyelidikan USMARI yang di ketuai oleh Dr. Abdullah Alias pengasas produk dan juga Professo Madya Dr Unku Shahrin bin Ungku Zaman.
Acara tersebut bukan sahaja memfokuskan kepada pelancaran produk terbaharu, tetapi juga mecerminkan komitmen Dr. Cute International terhadap inovasi dan pembangunan komuniti. Sunproof Coffee dilancarkan sebagai pendekatan baru dalam penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan UV dengan rutin harian minum kopi.
Produk ini menawarkan cara mudah dan praktikal untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, kesan terbakar oleh sinaran mentari, serta penuaan pramatang – semuanya dari dalam badan. Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Dr. Cute International memperkenalkan tagline mereka: “Drink your sun protection,” menekankan bagaimana Sunproof Coffee menyediakan cara yang mudah untuk melindungi kulit setiap hari.
Selain memperkenalkan produk inovatif ini, Dr Cute International Sdn Bhd juga melancarkan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB), sebuah inisiatif untuk memberikan sokongan kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi industri kecantikan dan kesihatan. Program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama MARA, Projek Keusahawanan, dan USMARI Research Center, menawarkan pembiayaan sebanyak RM10 juta untuk membantu usahawan berkembang, dari pembangunan produk hingga pemasaran dan jualan. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memulakan perniagaan mereka dengan sokongan kewangan dan bimbingan yang diperlukan.
Pelancaran Sunproof Coffee dan program Usahawan Bangkit Berjaya Bahagia (UBBB) menandakan permulaan babak baharu dalam industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia. Usahawan Bumiputera kini diberi peluang untuk membangunkan perniagaan mereka dalam industri yang kompetitif, dengan sokongan penuh daripada Dr. Cute International dan rakan-rakan strategik mereka.