Nama Tun Dr Mahathir Mohamad telah terpahat dalam sejarah dunia apabila muncul sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia. Lebih istimewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat disegani pemimpin negara dunia pertama, negara maju mahupun negara membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Julai lalu menandakan tahun ini genap umurnya 94 tahun. Walaupun dalam usia 94 tahun tapi Tun Dr Mahathir masih sihat, aktif dan cerdas mental.
Ramai yang ingin tahu rahsia Tun Dr Mahathir kekal cergas. Dr Hamid Arshat telah berkongsi di laman media sosialnya tentang ini. Kongsinya, “Beliau amat bijak kawal stres. Cuba ikuti beberapa panduan di bawah agar kita pun boleh ikuti jejak Tun Dr Mahathir.
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stres, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (strok). Stres juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur. Saya ingin berkongsi cara-cara tangani stres;
1. TAWAKAL
Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakal kepada Allah SWT sambil berusaha menangi stres. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT.
2. REDHA
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah SWT ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah SWT dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah SWT.
3. SABAR
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya.
Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan Keluarga dan di tempat kerja. Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5. PEMAAF
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.
6. TIDAK DENDAM
Walaupun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. MAKAN UBAT PENAWAR
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stres. Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. SENAMAN
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang menenangkan.
9. BERZIKIR, BERSELAWAT
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. TARIK NAFAS
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stres dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA
Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan jenama pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan tersebut. Inshaallah, kita boleh kawal stres, terus awet sihat dan dengan izin Allah SWT lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Amin.
This website uses cookies.