Bergelar doktor gigi dan juga usahawan sememangnya Dr. Irma bijak urus syarikat dan masanya bersama keluarga. Kagum melihat kegigihan wanita ini mengemudikan kerjaya yang dipilihnya.
Sebagai seorang doktor gigi, Dr. Irma Shida Abu Samah juga sangat peramah nak mudah didekati. Teruja bertanya pandangan ibu kepada dua orang anak ini tentang industri estetik.
“Trend telah dilihat sedikit berubah. Kini ramai yang menginginkan kulit yang sihat, kekal muda dan menggunakan bahan semula jadi serta bebas bahan kimia beracun. Itu dari segi skincare.
Dari segi estetik pula, rata-rata inginkan wajah yang sempurna, termasuk gigi yang putih dan tersusun.
Kerana itu kita lihat banyak iklan berkaitan kecantikan gigi. Cuma nasihat saya, konsumer harus pandai menilai dan bijak memilih,” kata Dr. Irma yang mengusahakan sebuah syarikat, Irma Ariandi Global Sdn Bhd.
Dr. Irma sentiasa tampil cantik dan bergaya, bertanyakan kepadnya kenapa wanita perlu pandai bergaya, jawabnya, “Saya lebih percaya kepada self confidence.
Kalau seseorang wanita itu confident dan percaya pada kebolehan dirinya, dia automatik akan nampak cantik. Automatik juga, aura wanita hebat akan terpancar dari wajahnya.
A woman needs to be confident in her own skin, with that confidence you will give the most beautiful smile,” jawab Dr. Irma bijak urus pengurusan syarikatnya.
Dr. Irma menasihati wanita di luar sana agar sentiasa yakin dengan diri sendiri untuk berjaya. “Always believe in yourself and in the beauty of your dreams
. Sentiasa berfikiran positif, pasang konfiden dan melangkah dengan senyuman paling indah,” kata Dr. Irma.Walaupun sibuk dengan perniagaan namun wanita ini tetap menjaga ‘perut’ suami dan anak-anaknya. “Sama seperti ibu-ibu bekerja yang lain, meletakkan anak-anak sebagai semangat untuk bertenaga menyelesaikan rutin dan kerja harian.
Biasanya saya akan masak sarapan pagi dan makan tengah hari sebelum saya ke pejabat. Di pejabat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang saya fokus kepada kedua syarikat saya, penyusunan kerja staf, planning and reporting.
Saya tidak bawa pulang kerja ke rumah kerana selesai di pejabat. Jejak kaki di rumah, diri saya dan masa hanya untuk anak-anak dan suami.
Andai kata ada kerja yang perlu dilunaskan pada hari yang sama, saya akan pastikan anak-anak dah tidur, baru saya akan mulakan kerja saya.
Saya rasa, itu adalah pengorbanan seorang usahawan yang ingin berjaya. Bila kita ‘sign deal
‘ untuk jadi usahawan, tidur lewat adalah pakej yang datang sekali. Mujur saya pengeluar produk penjagaan kulit, alhamdulillah kulit masih terpelihara,” ucap Dr. Irma.Baca juga; Tangguh Perakuan MS SIRIM Pelitup Muka, Hentikan ‘Makeup’ Jika Sudah Timbul Jerawat
This website uses cookies.