Kemampuan wanita pada hari ini tidak hanya terbatas dengan tugas-tugas hakiki saja. Segalanya out of box! Seperti Dr Juita ini yang berjaya buktikan kemampuannya di mata umum. Dr Juita menjadi wanita Malaysia pertama yang memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf oleh Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia. Lesen tersebut diperoleh pada tahun 2019.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional
Dr Juita, graduan Cranfield University, United Kingdom.
DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional
Sewaktu latihan bagi mendapatkan lesen pengiktirafan Juruterbang Kawalan Dron Profesional CASA di Australia.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalMari kita kenali siapa Dr Juita yang berusia 39 tahun ini.

IKLAN

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sudah pun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Bapanya seorang Pengurus Ladang yang kini telah bersara, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar. Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi Dr Juita tentang pengorbanan ibunya.

PENSYARAH & PENYELIDIK
Dr Juita dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP). Dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki, beliau pakar dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalGraduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom ini bukan saja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDr Juita sebelum ini pernah terlibat dengan pembangunan Dron Penghantaran bagi mengikuti pertandingan Parcel Dron Malaysia anjuran Pos Malaysia 2019. Kini beliau bersama-sama penyelidik lain telah menghasilkan satu produk komersial dron pertanian PINEXRI-20 menerusi projek kolaborasi antara UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional
Produk sulung Avitex, PINEXRI-20 yang menjadi inspirasi pembangunan & penyelidikan teknologi dron bersama pihak industri.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalBagi projek pembangunan Dron Gergasi Malaysia atau C-Drone di UTHM, beliau merupakan Ketua Unit Analisa Struktur. Menerusi projek khas negara ini beliau dapat menimba pengalaman dan menggunakan kepakaran dimiliki dalam aplikasi sebenar.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalHasil kerjasama dengan industri, satu geran penyelidikan diberikan oleh UTHM kepada beliau bagi membangunkan prototaip pesawat terbang rendah atau wing-in-ground effect craft. Terdahulu, Dr Juita pernah dilantik sebagai Ketua Kumpulan Penyelidikan Berfokus Struktur dan Reka Bentuk Pesawat.

Berada di salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan aktiviti melibatkan bidang pengangkutan aeroangkasa, keretapi dan automotif, Dr Juita komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030.

IKLAN
DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional
Dr Juita bersama para pelajar Aeronautik UTHM.

Peningkatan kepada pengetahuan integrasi sistem terutama berkaitan dron banyak dipupuk melalui projek-projek dron yang dibangun bersama-sama pelajar di bawah seliaannya.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti komuniti. Menerusi pelbagai program yang diatur UTHM, saya dapat menyumbang khidmat bakti dan ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat serta masyarakat orang asli.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron ProfesionalDr Juita juga mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai badan bukan kerajaan seperti Yayasan Amal Malaysia dan Pertubuhan Masyarakat Orang Asli Kuala (D’Duanu) dalam usaha menganjurkan aktiviti bersama masyarakat kurang berkemampuan.

IKLAN

Berbekalkan semangat dan sokongan rakan-rakan berpengalaman dalam pembangunan Sekolah Penerbangan Profesional milik UTHM yang dikenali sebagai Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Dr Juita diberi kepercayaan untuk membangunkan akademi dron milik UTHM yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Dr Juita juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersial produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.

DR JUITA Wanita Malaysia Pertama Miliki LESEN JURUTERBANG Kawalan Dron Profesional“Saya berharap, syarikat ini dapat memberi peluang kepada UTHM untuk terlibat dengan lebih aktif bukan saja dalam penyelidikan dan pembangunan produk malah aktiviti konsultasi melibatkan aplikasi dron dalam pelbagai industri,” ungkap Dr Juita yang gemar mengembara ke seluruh dunia. Beliau juga meminati sukan lasak seperti motorsport.

Kredit: Suriayati Baharom, Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Pemasaran Pemasaran & Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI