Hakikatnya, masih ramai wanita yang ambil mudah tentang soal penjagaan dan pemeriksaan payudara. Melakukan pemeriksaan sendiri di rumah secara berkala adalah satu langkah mudah untuk menunjukkan bahawa kita peka terhadap kesihatan payudara.
Sedangkan mereka ini tidak sedar, dengan melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dapat membantu mengesan kanser payudara di peringkat awal. Maka, mudahlah untuk merawatnya.
BERMULANYA KANSER PAYUDARA
Kanser ini bermula apabila sel di dalam payudara tumbuh tanpa terkawal dan membentuk tumor. Ia hanya boleh dilihat menerusi kaedah X-Ray atau dirasa seperti benjolan. Tumor yang mengakibatkan kanser membiak ke dalam tisu kemudian boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang baru-baru ini telah berkongsi satu video ringkas berinformasi di akaun Instagramnya tentang bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri rumah.
Semoga perkongsian Dr Samhan memberi manfaat buat kita semua para wanita agar lebih peka dan menjaga kesihatan.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr Samhan
This website uses cookies.