Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Hidup berjalan seperti biasa walaupun kita berpuasa.

Ads

Maka, penting untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan agar kita dapat fokus ketika bekerja di siang hari termasuklaah semasa beribadah.

DR SAMHAN Kongsi 7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan Agar Mudah Beribadah
Gambar hiasan (www.pexels.com)

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang baru-baru ini ada berkongsi satu video ringkas berinformasi di Instagramnya.

DR SAMHAN Kongsi 7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan Agar Mudah Beribadah
Dr Ahmad Samhan Awang, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Beliau menyarankan tujuh cara mudah bagaimana untuk kekal sihat sepanjang Ramadan.

  1. Jangan tinggal sahur, walau hanya dengan seteguk air. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting agar kekal bertenaga sampai waktu berbuka. Menu sahur pula harus seimbang dengan adanya sumber karbohidrat kompleks, serat dan protein. Contohnya beras merah, gandum, dan oat.
  2. Penuhi keperluan air sekurang-kurangnya 8-12 gelas sehari. Minum ikut berat badan. Penuhi keperluan tersebut ketika berbuka puasa dan sahur agar tubuh kekal terhidrasi. Elak kafein kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

 

DR SAMHAN Kongsi 7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan Agar Mudah Beribadah

3. Makanlah seadanya. Semasa berbuka, ambil makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.

4. Elak makanan berminyak dan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak yang berlebihan.

Ads

5. Kurangkan makanan dan minuman manis bagi mengelakkan kenaikan berat badan. Bagi memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.

DR SAMHAN Kongsi 7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan Agar Mudah Beribadah

Ads

6. Bersenam 30 minit sehari. Boleh lakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa. Lakukan senaman selama 30 minit dengan berjalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.

7. Pastikan tidur cukup. Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, cuba sediakan pada malam hari. Usahakan untuk tidur lebih awal contohnya selepas solat tarawih. Kurang tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.

Kredit Foto: Instagram Dr Samhan

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI