Baru-baru ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menggalakkan pemakaian pelitup muka berganda atau Double Face Mask. Pemakaian pelitup muka berganda ini telah disarankan oleh Center for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat.
Ada yang menyokong dan tak kurang juga merungut tentang penggunaan pelitup muka yang disarankan ini. Tapi, untuk keadaan sekarang ini, mencegah adalah lebih baik dari mengubati, kan.
Dr Say atau nama sebenarnya Dr Shazril Shaharuddin telah terpanggil untuk berkongsi pengetahuannya tentang penggunaan double face mask
ini menerusi platform media sosialnya. Bagus penjelasan Dr Say berkenaan pemakaian pelitup muka berganda ini.“Baru-baru ini Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ada melakukan satu study yang mana dengan memakai dua mask, ia dapat menapis lebih banyak partikel berbanding satu mask,” tulis suami kepada Dr Azura Abas ini.
Rupanya pemakaian double face mask ini bukan seperti yang difikirkan. Tambah Dr Say lagi, “CDC does not refer to pakai 2 surgical mask serentak. Akan tetapi study mereka refer to mask kain on top of surgical mask
(macam dalam gambar saya),” tulis doktor kacak ini.CARA PEMAKAIAN PELITUP MUKA BERGANDA
Dr Say turut menjelaskan keberkesanan pemakaian double face mask ini. Double mask dapat filter 85.4 % of particles mana kala single surgical mask filter 56.1 % dan cloth mask filter 51.4 % of particles. “Tapi kalau ampa pakai mask N95, tak perlu doubling pun sebab N95 filter 95 % of particles,” jelasnya lagi.
Bapa kepada seorang anak lelaki ini sempat menitipkan nasihat kepada semua agar menjaga diri sendiri dengan, jaga penjarakan fizikal, pandai duduk rumah, pandai patuh SOP. “KKM tak wajibkan pun double mask
ni cuma kepada mereka yang nak amik extra precaution, double mask’s efficiency has been validated by CDC.Terpulang nak double mask atau tidak. Tapi kalau yang nak perlindungan lebih, pakailah double face mask memandangkan kes sangat tinggi sekarang, silakan. Stay safe & take care peeps,” coret Dr Say.
This website uses cookies.