DR SHEIKH MUSZAPHAR Timang Anak Lagi! Isteri Bersalin Anak Ketujuh, Baby Boy No 4!

Wah! Tahniah NONA ucapkan kepada angkasawan kebanggaan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menimang cahaya mata ketujuh apabila isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dikhabarkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi. Selain itu, Dr Sheikh turut berkongsi perkembangan terkini menyatakan bayi lelaki dan ibu dalam keadaan sihat.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia amat bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan. Beliau juga meluahkan kesyukuran atas berkat doa orang ramai dalam urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini. Wah makin meriah dan ‘happening’ la keluarga Dr Sheikh dan isteri!

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa,” tulis beliau dalam hantaran Instagramnya.

Untuk perkongsian, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

BACA JUGA: “Berkat Jaga Anak Yatim…” Dr Sheikh Muszaphar Bangga Anak Saudara Lanjut Pengajian Dalam Bidang Undang-Undang

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut serta rakan-rakan artis yang menghujani ruangan tersebut dengan ucapan tahniah. Semoga anak Dr Sheikh akan membesar dan menjadi insan yang berguna dan bermanfaat buat ibu bapa, bangsa dan negara.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

IKLAN
Share