Drama terbaharu Astro, DIA IMAMKU buat ramai melekat, muka ego Siti Saleha diramal bakal ‘kacau emosi’ sepanjang musim Ramadan dan Raya nanti.
Dalam bermacam-macam program dan drama yang ditayangkan sempena Ramadan Screening Astro baru-baru ini, rasanya drama DIA IMAMKU yang paling dekat di hati dan sangat ditunggu-tunggu. Membawakan tagline #MeriahLainMacam, cerita daripada karya Siti Rosmizah kali ni ada ‘aura’ tersendiri.
Baru tengok episod pertama dah rasa serba tak kena. Bukan sebab Siti Saleha terlalu cantik macam artis mix Korean, tapi kali ini beliau bawa watak wanita sukses yang angkuh dan berhati batu.
Mula-mula lagi Cempaka Humairah (Siti Saleha) dah portray karakter Alpha Female yang hebat. Seorang jelita lulusan luar negara kembali ke Malaysia untuk uruskan bisnes keluarga. Anak kenamaan, kaya dan cantik, tak mungkinlah jatuh hati dengan Amiruddin atau Amir (Kamal Adli) yang kerjanya driver?
Kesian Amir hari-hari kena marah. Berdesing telinga kena maki dengan wanita sukses bernama Humairah yang sombong dan berlagak. Tapi akhirnya takdir berubah, lelaki itulah penyelamatnya ketika maruah diri dipijak-pijak!
Ah, tiada yang mustahil kalau namanya karya hebat garapan penerbit serta penulis novel, Siti Rosmizah. Buat peminat drama popular Andai Itu Takdirnya dan Takdir Itu Milik Aku, drama emosi DIA IMAMKU ini dijangka menjadi satu lagi karya ‘talk-of-the-town‘.
Ads
Dalam kesempatan Nona berjumpa Kamal Adli semalam, suami kepada Uqasha Senrose ni sempat juga berkongsi tentang pengalamannya bawa watak Amir.
“Saya sangat familiar dan pernah bekerja dengan Siti Rosmizah cuma kisah kali ini bukan daripada adaptasi novel. Alhamdulillah, bagi saya ini rezeki bulan Ramadan. Saya berterima kasih kepada Astro dan Siti Rosmizah kerana beri kepercayaan pada saya untuk bawa watak Amir.
Watak Amir ni sangat penyabar dan tenang. Background agama pun kuat jadi itulah yang saya portray bila saya ‘dibuli’ oleh Siti Saleha,” kata Kamal Adli.
CINTA SEBENAR
Ads
Jadi perempuan kuat yang tersakiti, rupanya Humairah ni dituduh curang pula oleh si teman lelaki sendiri, Rafiq. Kesucian dirinya dipertikai. Kerana kecewa dan patah hati, terpaksalah pura-pura terima cinta Amir. Tapi itulah, orang tua cakap jangan gunakan seseorang untuk melupakan seseorang… Lama-kelamaan, cinta Amir pula menawan hati.
Teringat pula satu kata-kata hikmah ni. Dalam rumah tangga, tersalah pilih suami ibarat tersalah pilih imam. Tersalah pilih isteri pula ibarat tersalah pilih madrasah. Cinta sebenar bukan hanya memimpin kita di dunia, tapi sampai ke Jannah.
Besar dugaan orang baik. Lepas kahwin, banyak betul konflik dan plot twist bila masuk watak jahat. Rasa tercabar kebahagiaan Humairah tapi itulah sebenarnya liku-liku hidup berkeluarga. Cukup segala kisah cinta, pengorbanan dan penyesalan.
Ads
Sabar lelaki pun ada hadnya. Mampukah kisah cinta Humairah dan Amir bertahan bila hati dah mati? Dayuskan kalau suami biarkan isteri jumpa kekasih lama?
Nak cerita banyak sangat jadi spoiler pula. Tapi nampaknya bulan puasa ni kena berendam air mata sikitlah kalau tengok DIA IMAMKU. Sesuai kata-kata, ‘Ego Layu, Bila Cinta Bertemu‘.
So, jangan ketinggalan jom usha DIA IMAMKU yang bakal disiarkan bermula 17 Februari hingga 15 Mei 2025. Drama sepanjang 52 episod ini bakal bersiaran selama 13 minggu setiap Isnin-Khamis jam 10 malam, di Astro Ria dan melalui Astro One & sooka.
Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda menjadi seperti magnet yang menarik pasangan dekat di hati anda.
Cuci hati anda dengan menjaga ibadah, solat taubat, istighfar, membaca al-Quran, memaafkan orang lain dan memohon maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa tubuh. Elak bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap pasangan anda.
Belajar mengenal karenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian pasangan anda.
Sentiasa berdoa agar hayat rumahtangga anda berdua berkekalan seterusnya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
(a) Jangan suka dengar cakap orang, jangan kuat cemburu dan mengongkong! Baru bahagia…
Memiliki pasangan yang bermasalah sememangnya boleh menimbulkan pelbagai tekanan dalam rumah tangga. Jika berlanjutan boleh menjejaskan hubungan suami isteri seterusnya membawa kepada keretakan rumah tangga. Berikut adalah antara ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah dan ambil iktibar daripadanya.
(b) Suka mendengar cakap orang
Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua? Sudah pasti keadaan semakin tegang!
(c) Suka mengongkong dan kuat cemburu
Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal.
(d) Bersikap kasar
Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan?
(e) Boros dan suka berbelanja
Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri.
(f) Suka berpoya-poya
Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
(g) Degil dan tidak mahu berubah
Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar.
Bising dan suka berleter
Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hobi membela haiwan peliharaan seperti kucing kian menjadi pilihan lelaki bujang yang tinggal di bandar raya. Majoritinya menjadikan haiwan ini sebagai teman kesunyian, tak kurang juga yang membela kucing kerana sifat haiwan yang lebih setia daripada manusia.
Namun hasil kajian di Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.
Dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.
Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.
Foto: Supplied by xposurephotos.com
Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.
Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.
“Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki,” rumus kajian itu.
Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.
Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat. “Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person). Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin,” dedah pengkaji yang terlibat.
Kalau anda pula, bagaimana? Minat lelaki pencinta kucing atau tidak?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oktober nanti usia perkahwinan Fazeera Nazri Azrai dan Fizo Omar bakal mencecah usia tiga tahun. Sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak berkenaan, Fazeera atau mesra disapa Faz merupakan seorang pramugari.
Ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai pengalaman menjadi krew di syarikat penerbangan Air Asia dan Qatar Airways sebelum meninggalkan karier di awan biru itu untuk berkahwin.
Bersandarkan pengalaman tersebut, Faz pada Januari lepas diundang berkongsi pandangan mengenai bidang penerbangan di University College of Aviation Malaysia (UNICAM).
Tampil menawan dalam persalinan biru, anak kelahiran Sarawak ini dilaporkan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan.
Ujarnya, “I’m humbled to get together with UNICAM in conjunction with career week and have finally conducted my programme, Language to Inspire.
My main idea that I presented today is professional etiquette for interviews. I personally believe that students need to be exposed to this as a preparation for their future profession.
My hope is that the students can gain as much insight and input from this program. I am so privileged to work with this reputable aviation university.”
Fazeera Nazri bergelar ibu buat pertama kali pada 25 Jun 2022 dan menimang cahaya mata sulung iaitu Wan Khaleeda. 19 Mei 2023, suri hati Fizo ini selamat bersalin anak kedua mereka yang dinamakan Wan Umaira.
Faz dan Fizo bernikah pada 21 Oktober 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.