Bertuah sungguh ‘si bulus’ yang diberi nama Money ini. Ditatang seperti anak kandung sendiri oleh tuannya. Money merupakan kucing kesayangan milik jutawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri.

Ads

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGMelihat belaian kasih sayang yang dicurahkan oleh Haliza Maysuri buat kucing kesayangannya itu, tidak ubah seperti hubungan seorang ibu dengan anak.

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGKucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW serta pembawa rezeki. Sejak kehadiran Money, rezeki Haliza Maysuri sekeluarga bertambah murah.

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANG“Kisah pertemuan kami dengan Money bermula di suatu petang ketika saya dan suami hendak membeli makanan serta keperluan Gora di sebuah pet shop.

Suami memang suka kucing. Di kedai itulah kami berjumpa dengan Money buat pertama kali. Ketika itu umurnya baru empat bulan. Suami berkenan lalu mengambilnya dan membayar RM1,800. Kata suami, Money ini manja dan unik. Kami jadikannya sebagai ‘anak angkat’.

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGNama Money (duit) telah dicadangkan oleh salah seorang pengikut setia Bawal Exclusive. Boleh dikatakan Money pembawa rezeki, pembawa tuah dan kegembiraan kepada kami sekeluarga. Saya dan suami memang sukakan kanak-kanak, jadi kami menganggap Money sebagai anak yang bongsu.

Kami membahasakan diri sebagai Mama dan Papa kepada Money. Dia kucing yang manja terutama dengan Papanya. Tidur pun nak sebantal dengan Papa, bila Papa duduk dia nak berada atas pangku Papa. Bila solat suka duduk di sebelah.”

TEMPAH BAJU DENGAN MAN KAJANG
Jika layanan pun seperti anak sendiri sudah tentulah segala keperluan Money turut disediakan dengan lengkap, salah satunya baju. Beberapa tahun lalu, Haliza Maysuri pernah berkongsi di Instagramnya gambar dress berwarna emerald green milik Money yang telah menarik perhatian ramai serta tular di media sosial.

Ads
Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANG
Money bersama pereka fesyen terkenal, Man Kajang.

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGDress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGApa yang menariknya ialah dress tersebut direka khas oleh pereka fesyen ternama, Man Kajang. Malah, sedondon pula dengan baju Haliza Maysuri sekeluarga. Menurut Haliza Maysuri, Man Kajang berjaya menyiapkan baju untuk kucing kesayangannya itu hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Rekaannya kemas dan sangat sempurna!

“Setiap hari baju Money akan bertukar-tukar. Money ada berpuluh pasang baju yang kami beli dari Bangkok. Papanya sanggup terbang ke Bangkok semata-mata untuk membeli baju dan keperluan Money yang lain. Setiap hari rutin harian Money akan ikut saya ke pejabat. Pergi pagi, balik petang macam orang kerja.”

Ads

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGDress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANGDress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANG

Sesekali Haliza Maysuri turut membawa Money ke grooming spa. Bukan untuk mendapatkan rawatan untuk diri sendiri sebaliknya untuk Money. Menurut Haliza Maysuri dia sering sibuk dan tidak berkesempatan untuk membelai diri di spa. “Mama pun tak sempat nak ke spa, Money budak bertuah..”

Untuk melihat lebih banyak telatah Money, sila klik tanda pagar #moneyontel di Instagram.

Dress Ala Princess Untuk Kucing Kesayangan. Jutawan BAWAL EXCLUSIVE Pilih Sentuhan Pereka Tersohor MAN KAJANG
Money ketika dibawa ke grooming spa.

Kredit Foto: IG @halizamaysuri & @blackpepperproduction

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI