Bertuah sungguh ‘si bulus’ yang diberi nama Money ini. Ditatang seperti anak kandung sendiri oleh tuannya. Money merupakan kucing kesayangan milik jutawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri.
Suami memang suka kucing. Di kedai itulah kami berjumpa dengan Money buat pertama kali. Ketika itu umurnya baru empat bulan. Suami berkenan lalu mengambilnya dan membayar RM1,800. Kata suami, Money ini manja dan unik. Kami jadikannya sebagai ‘anak angkat’.
Kami membahasakan diri sebagai Mama dan Papa kepada Money. Dia kucing yang manja terutama dengan Papanya. Tidur pun nak sebantal dengan Papa, bila Papa duduk dia nak berada atas pangku Papa. Bila solat suka duduk di sebelah.”
TEMPAH BAJU DENGAN MAN KAJANG
Jika layanan pun seperti anak sendiri sudah tentulah segala keperluan Money turut disediakan dengan lengkap, salah satunya baju. Beberapa tahun lalu, Haliza Maysuri pernah berkongsi di Instagramnya gambar dress berwarna emerald green milik Money yang telah menarik perhatian ramai serta tular di media sosial.
“Setiap hari baju Money akan bertukar-tukar. Money ada berpuluh pasang baju yang kami beli dari Bangkok. Papanya sanggup terbang ke Bangkok semata-mata untuk membeli baju dan keperluan Money yang lain. Setiap hari rutin harian Money akan ikut saya ke pejabat. Pergi pagi, balik petang macam orang kerja.”
Sesekali Haliza Maysuri turut membawa Money ke grooming spa. Bukan untuk mendapatkan rawatan untuk diri sendiri sebaliknya untuk Money. Menurut Haliza Maysuri dia sering sibuk dan tidak berkesempatan untuk membelai diri di spa. “Mama pun tak sempat nak ke spa, Money budak bertuah..”
Untuk melihat lebih banyak telatah Money, sila klik tanda pagar #moneyontel di Instagram.
Kredit Foto: IG @halizamaysuri & @blackpepperproduction
This website uses cookies.