Lebih sedekad mempelopori pasaran kosmetik tempatan dengan tagline ‘Terlajak Laris’, sudah cukup membuktikan produk keluaran Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini berkualiti dan diterima masyarakat.
Setelah memiliki segala-galanya dalam hidup timbul tanda tanya, mungkinkah Datin Seri Nur Shahida akan mengundur diri dalam pengurusan syarikat? “Sebenarnya saya dah lama planning macam tu. Bukan sombong tapi dengan duit simpanan yang kami kumpul, insyaAllah boleh hidup, malah jujurnya boleh senang-lenang dengan apa yang ada.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Tapi saya banyak memikirkan tentang para pekerja. Saya ada banyak pekerja lebih kurang 200 orang. Jadi kalau saya tak berniaga, bagaimana dengan kehidupan mereka nanti? Jika nak serahkan perniagaan kepada orang lain, pasti tak sama macam mana yang kami berdua lakukan. Umpamanya dulu saya tak pandai edit video. Tapi bila suruh orang buat, apa yang saya dapat tak menepati cita rasa saya. Jadi saya kena belajar edit sendiri ikut kehendak saya.
Ads
Saya tak ada masuk kelas mana-mana, kalau malam-malam saya tak boleh tidur saya akan belajar sendiri sikit demi sikit, lama-lama saya pandai buat sendiri,” ujar Datin Seri Nur Shahida. Celah Dato’ Seri Aliff pula, keadaan ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara serta menyediakan peluang pekerjaan kepada belia negara.
Setiap ahli perniagaan yang berjaya sudah pasti mempunyai idola tersendiri sebagai pemangkin semangat untuk terus berjuang melebarkan empayar perniagaan. Datin Seri Nur Shahida juga tidak terkecuali. “Ibu mertua saya merupakan idola dalam perniagaan.
Ads
Foto: Instagram @shahidadherbs
Teringat saya masa mula-mula bekerja dengan Sendayu Tinggi. Dulu saya memang jarang jumpa beliau. Suatu hari tu, masa saya bekerja di bahagian khidmat pelanggan, Bonda Rozita buat panggilan telefon dan menyamar sebagai pengguna. Kebetulan masa tu saya yang angkat telefon.
Ads
Banyak yang ditanya tentang produk yang terdapat dalam syarikat dan kebetulan saya tengah pegang katalog. Bolehlah saya jawab setiap pertanyaan beliau dengan yakin. Selepas tu barulah beliau perkenalkan dirinya sebagai Puan Rozita.
Bayangkan ketika perniagaan tengah berkembang pesat, beliau masih turun padang ambil tahu tentang operasi syarikatnya. Saya nampak dengan usia beliau, kalau tak silap saya 55 tahun masa tu, dia tak berhenti-henti buat kerja. Kadang-kadang saya rasa, saya pun tak sekuat dia.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Kalau kita tengok sekarang pengasas produk sezaman dengan dia semua dah tak ada. Beliau juga beruntung kerana mempunyai anak-anak yang mewarisi bakat perniagaannya. Saya lihat belum ada lagi ahli perniagaan lain, ibu dan anak masing-masing berjaya dalam perniagaan sendiri,” tutur ibu kepada Ammar Ahyan, 11 tahun, Qadejah El Zahra, 9 tahun, Ibraheem Adham, 7 tahun, Yusoff Al Qardawi, 2 tahun dan seorang anak angkat, Ameena serta bayi yang baharu dilahirkan, Raudhah Arshiyah ini.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Suraya Aqila atau lebih dikenali sebagai Kak Su atau Akak Siam tular rentetan kisah pemergian selebriti terkenal Thailand, mendiang Tangmo Nida Patcharaveerapong baru-baru ini.
Usahanya menjadi translator (penterjemah) bagi mengulas kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai. Malah, kemunculannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh warganet bagi mengetahui perkembangan kes tersebut.
Suraya Aqila atau nama sebenarnya Suraya Buranaphat, 34, berasal dari Thailand. Usahawan wanita ini datang ke Malaysia ketika usianya 17 tahun kerana mengikut ibu berniaga di Kelantan.
Kini lebih 10 tahun dia menetap di negara ini dan bertemu jodoh dengan Nor Adha yang beradal dari Kedah.
Detik kemunculan Suraya Aqila bersama suami di Live Facebook Majalah Nona pada 4 April 2022 sangat eksklusif.
Selain berkongsi tentang dirinya, keluarga dan bisnes, satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai apabila Suraya Aqila tampil buat pertama kalinya di media sosial dengan bertudung. Tenang dan sejuk je mata memandang, alhamdulillah!
Makin terserlah kecantikan asli Suraya Aqila sebagai wanita Thailand. Semakin manis dengan penampilan dan gaya tudung bawal yang ringkas. Senyuman pula tak pernah lekang di bibirnya. Sejujurnya, suka sangat melihat penampilan terbaru Suraya Aqila. Rata-rata warganet memuji dan memberi kata-kata semangat buat dirinya agar terus istiqamah.
Apabila seorang wanita itu bertudung, untuk terus istiqamah pasti tidak akan terlepas dengan cabaran dan ujian. Hati akan sentiasa berbolak balik. Bukan saja diri sendiri yang mesti kental bahkan orang-orang di sekeliling juga perlu memainkan peranan penting agar terus memberi sokongan dan semangat.
Begitulah juga yang dihadapi oleh Suraya Aqila. Menurutnya sebeum ini dia sebenarnya pernah bertudung tetapi diuji dengan kata-kata negatif yang menyebabkan hatinya berbolak balik.
“Sebenarnya ada sebab, ada satu ayat yang saya rasa geram. Dia seolah menghina dan menyebabkan saya rasa tersentak dan marah. Disebabkan hasutan kawan jugalah saya berubah sekeJAP.
mengambil berkat bulan yang mulia ini saya mengambil keputusan untuk kembali bertudung dan menjadi insan yang lebih baik.”
Pada awalnya rasa takut juga, takut orang kecam dan ingat saya menipu. Tapi disebabkan sokongan dan semangat yang diberikan oleh suami saya tetapkan pendirian. Diharapkan penampilan ini kekal selama-lamanya. Doakan saya agar terus istiqamah,” ungkap Suraya Aqila dengan penuh harapan.
Sama-sama kita mendoakan agar Suraya Aqila terus sukses dalam bisnesnya, tercapai segala impian, sentiasa merendah diri dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang. Semoga terus istiqamah dan kuat dalam menempuh ujian yang mendatang.
Kredit Foto: Koleksi Peribadi Suraya Aqila
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Berkat didikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat, anak sulung mereka iaitu Nusaybah berjaya harumkan nama negara.
Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menggondol enam anugerah siswa cemerlang di Georgetown University Qatar.
Bukan sahaja mendapat CGPA 4.0, Alumni Sunway University, SMI al-Amin, dan AJK Mahasiswa Keadilan ini juga berjaya mendapat anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Nusaybah merupakan anak sulung dalam empat beradik. Anak-anak Dr Maszlee yang lain iaitu Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid masing-masing menurut jejak ibu bapa mereka termasuk berkongsi minat suka membaca.
Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada para pelajar lain dari seluruh dunia, samada di Kampus utama Georgetown University di Washington, mahupun di kampus
Qatar.
Tahniah dan syabas Nusaybah! Pasti kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu bapa serta dorongan untuk lebih kuat berusaha buat adik-beradik Nusaybah yang lain.
Suka tengok potret keluarga Dr Maszlee ni antaranya sewaktu masih bergelar Menteri Pendidikan suatu masa dulu. Keluarga pintar Malaysia!
Sumber: Majalah KeluargaSumber: Majalah Keluarga
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp, 58, baru-baru ini memenangi kes saman fitnah serta dianugerahkan AS$15 juta dalam kes berkenaan terhadap bekas isterinya.
Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard, 36, saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.
Namun yang menarik perhatian Johnny Depp telah membuat keputusan untuk menderma hasil wang kemenangan kesnya itu kepada beberapa badan kebajikan serta amal.
Lima badan amal berbeza itu ialah Make a Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, Teitaroa Society dan Amazonia Fund Alliance.
Pertubuhan-pertubuhan ini yang memberi manfaat kepada kanak-kanak yang sakit, membantu komuniti orang asli dan membantu memulihara kelestarian pulau masing-masing akan menerima AS$200,000 (RM924,000) daripada bintang Pirates of the Caribbean, lapor CNN.
Asalnya, para juri di Virginia menganugerahkan Depp sebagai ganti rugi pampasan AS$10 juta dan ganti rugi punitif AS$5 juta dolar pada Jun 2022.
Selepas memenangi jes tuntutan mahkamah, Johnny membuat kemunculan semula dalam industry filem apabila muncul di Festival Filem Cannes mempromosikan filem Jeanne Du Barry manakala Amber Heard pula berpindah ke Sepanyol bersama anak perempuannya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.