Berita gembira yang disampaikan oleh Permata Hati Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menyatakan penantiannya selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata tercapai telah menjadi trending di seluruh pelusuk negara sekali gus para peminatnya ternanti-nanti bayi comel Si Pipi Merah yang bakal dilahirkan.
Kehadiran Siti Aafiyah dalam hidup DS Siti Nurhaliza telah menukar corak kehidupannya 360 darjah. Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi lagu Anta Permana ini adalah untuk puteri kesayangannya. Aafiyah yang bakal menyambut ulang tahun yang pertama pada bulan Mac depan dikhabarkan bakal menjadi kakak, benar kah begitu? Ini adalah rentetan daripada status yang dikongsi oleh DS Siti Nurhaliza di laman Instagramnya;
“Nak adik ke sayang ibu?…Sabar naaa, ibu habiskan konsert #sitinurhalizaontour dulu,” ungkap DS Siti Nurhaliza.
View this post on Instagram
nak adik ke sayang ibu?… sabar naaa , ibu habiskan konsert #sitinurhalizaontour dulu ?
Malah DS Nurhaliza turut meninggalkan komen di posting Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak tentang keinginannya makan makanan di Timur Tengah ketika mengandungkan Aafiyah dahulu. Mungkin benarkan DS kini merancang untuk menambah anak?
Sementara itu, DS Siti Nurhaliza kini sedang sibuk untuk mengadakan konsert buat sekian kalinya. Konsert yang bakal menampilkan beberapa segmen iaitu etnik (tradisional), balada, carta unggul dan unplugged, susunan muzik oleh Aubrey Suwito bersama band Alla-Star.
Lokasi pertama Konsert Jelajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour bakal menemui peminat di Istora Senanyan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari ini. Lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac 2019. Peminat Diva ini juga tidak akan berputih mata apabila DS Siti Nurhaliza bakal bertemu peminatnya mempersembahkan lagu-lagu terhebat di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 nanti.