Baru-baru ini, pelakon dan pelantun lagu Gatal, Janna Nick ada berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya, Kissya Nick di sebuah restoran terkemuka. Hantaran tersebut nyata mengundang perhatian peminat Janna yang kagum melihat keakraban keluarga Janna.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon dan model, Dini Schatzmann.
Menurut kepsyen yang ditulis Janna, dia ada menitipkan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta mendoakan adiknya berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti. Menjengah akaun Instagram Nurul Balqish sendiri, dia kinipun sudah memiliki hampir 63 ribu pengikut.
“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.
Selain sebiji kek, turut kelihatan Janna dan ahli keluarganya memberikan kejutan menghadiahkan sebuah iPhone 14. Yang turut menarik perhatian warga maya juga adalah kecantikan dua adik beradik ini yang nyata manis kerana sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.
Ads
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Model, pelakon, dan pengacara Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen bukan, apatah lagi selepas berkahwin dengan pelakon tampan Harris Alif dan seterusnya melahirkan cahaya mata pertama mereka, iaitu Eviee Khadeeja pada penghujung Januari lalu.
Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan menjadi perhatian ramai dek jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tetap tampak sepadan dan cukup bahagia apabila kedua-duanya diliht aktif di media sosial sambil berkongsi kisah seharian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.
Dan baru-baru ini, Hariss telah memuat naik gambar percutian mereka bersama anak tersayang, Evie Khadeeja di Instagram miliknya menaiki kapal persiaran. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan Intan yang manis berhijab ketika bergambar bersama suami dan anak di atas kapal persiaran yang dipercayai kapal persiaran Resort World Cruises.
Perkongsian di Instagram serta IG story Hariss nyata mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat mereka, dan rata-rata begitu gembira dengan penampilan Intan yang terkini. Mereka juga mendoakan agar pelakon terbabit terus istiqamah mengenakan hijab.
Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi dari Intan berhubung dirinya sudah berhijab penuh atau sebaliknya, yang pasti Intan tampil lebih manis dan ayu bila berhijab. NONA doakan semoga Intan turut istiqamah mengenakan hijab. Insya-allah..
Negara Jerman cukup dekat di hati rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama seperti Mercedes Benz, BMW, Porsche dan Volkswagen. Selain terkenal sebagai negara penjana ekonomi terbesar di Eropah, Jerman juga menjunjung tinggi adat dan budaya mereka termasuklah sajian tradisi yang masih dikekalkan.
Sempena kedatangan bulan Oktober ini, Cinnamon Coffee House di Hotel One World Petaling Jaya akan dipenuhi dengan sajian Jerman yang mendapat sentuhan penuh dedikasi dari sekumpulan cef hotel berpengalaman.
Mana tidaknya, dalam meraikan The German Food Promotion, Executive Sous Chef, Saiful Baharin membawakan hidangan istimewa Jerman antaranya termasuklah aneka sosej panggang, Lamb Meatball in Capers Sauce and Parsley, Beef Fillet Steak with Buttered Herb and Caramelised Onion, Cheese Crusted Chicken and Shrimp in Tomato Sauce, Paprika Pan-Fried Potatoes with Glazed Onion and Braised Cabbage, Walnut Crusted Salmon and Mango Relish, German Strudel, Mohr Im Hemd, Bavarian Cheese Cake and Peach Streusel.
Promosi hidangan Jerman ini boleh dinikmati pada harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun.
Ia boleh dinikmati di Cinnamon Coffee House dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hujung minggu sepanjang Oktober dari 2 hingga 31 Oktober! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya. Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai timbalan perdana menteri.
Sebanyak 28 kementerian diumumkan di mana Anwar pula memegang portfolio kewangan manakala Zahid dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti. Selain itu, terdapat juga beberapa muka-muka baharu dalam barisan kabinet.
Namun yang turut menarik perhatian adalah barisan Wanita hebat kali ini yang dipilih menerajui lima kementerian masing-masing. Jom kenali siapa mereka!
DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID
Dikenali sebagai seorang ahli politik veteran yang lantang bersuara, beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pernah memegang portfolio Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat wanita pertama di Malaysia. Memiliki latar pendidikan dalam jurusan pentadbiran awam dari Universiti Teknologi MARA dan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya dan London School of Economics and Political Science. Kini dilantik sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.
HANNAH YEOH
Agak mengejutkan! Ahli Parlimen Segambut dan juga bekas peguam, Hannah Yeoh Tseow Suan dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan. Hannah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
FADHLINA SIDEK
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula dilantik menarajui Kementerian Pendidikan. Merupakan wajah baru dalam kabinet Kerajaan Perpaduan dan kali pertama bertanding pada PRU lepas. Beliau menang di parlimen Nibong Tebal dan memiliki latar belakang dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Sebelum ini beliau merupakan senator mewakili DUN Pulau Pinang ke parlimen Malaysia. Juga merupakan seorang peguam syarie dan pemilik Tetuan Fadlina Siddiq & Associates.
DR ZALIHA MUSTAFA
Merupakan wanita pertama menerajui Kementerian Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa adalah seorang doktor perubatan juga graduan jurusan perubatan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat dengan kerajaan dan kemudiannya bekerja pula dengan klinik swasta. Kini beliau memiliki kliniknya sendiri yang terletak di Bandar Putra Kulai. Sesuai dengan latar pendidikannya, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Khairy Jamaludin. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli parlimen Sekijang di Johor Darul Takzim.
DATUK SERI NANCY SHUKRI
Anak jati Sarawak ini bukanlah nama asing dalam dunia politik. Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan ahli Parlimen Batang Sadong turut memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak telah diberikan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Memegang portfolio Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini, beliau mendapat pendidikan di UiTM dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam dan kemudiannya menyambung pengajian di University of Hull dalam jurusan Undang-Undang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...