Istilah darah beku mungkin terdengar biasa tapi awas, kesannya mampu mengancam nyawa! Masih di ingatan, penyakit berkaitan darah beku yang dikenali sebagai embolisme pulmonari dan Trombosis Vena Dalam (DVT) ini pernah memalit jaguh tenis dunia, Serena Williams seketika lalu. Alangkah hairannya apabila mengenangkan bagaimana seorang bintang sukan yang aktif seperti beliau juga boleh terlantar di hospital akibat penyakit ini.
Embolisme pulmonari merujuk kepada gejala penyumbatan saluran darah atau tromboembolisme vena (VTE) yang menjadi punca kematian utama di seluruh dunia dan dianggarkan sebagai penyakit vaskular (berkaitan sistem pembuluh darah) ketiga paling umum selepas sakit jantung iskemia serta strok. Ia mampu mengancam nyawa apabila darah beku di dalam vena kaki atau pelvis terpisah, lantas bergerak ke paru-paru dan menyekat satu atau lebih saluran darah di dalam paru-paru. Tanpa rawatan segera, kehilangan fungsi paru-paru boleh menyebabkan kematian dengan pantas.
Di Malaysia, kira-kira satu pertiga atau 34 peratus daripada kematian VTE berpunca daripada embolisme pulmonari iaitu maut secara tiba-tiba. Antara gejala embolisme pulmonari termasuk sesak nafas, sakit dada dan kadar denyutan jantung pantas serta sesetengah orang juga mungkin mengalami batuk berdarah.
Darah beku ini biasanya datangnya dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung keteter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu daripada tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. Bergantung pada tahap penyakit, embolisme pulmonari
yang kronik boleh menyebabkan pesakitnya meninggal dunia dalam tempoh 30 minit selepas simptom muncul.INDIVIDU BERISIKO
Selain mereka yang pernah melakukan surgeri, kajian Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand (NZ) dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan NZ juga menyebut bahawa masalah ini turut dihadapi oleh golongan:
SIMPTOM
PENCEGAHAN
RAWATAN
VTE lazimnya tidak ketara dari segi klinikal dan dalam kebanyakan kes, tanda pertama penyakit ialah embolisme pulmonari yang membawa maut. Darah beku adalah berbahaya dan kesannya boleh membawa mudarat, apatah lagi ramalan terperinci mengenai kejadian VTE adalah sukar diperoleh kerana penyakit ini sukar disahkan menerusi diagnosis. Malah bagi pesakit yang disahkan menghidap penyakit tersebut, kadar kematian melebihi 15 peratus pada tiga bulan pertama selepas diagnosis.
Sumber: Bayer HealthCare di Kuala Lumpur.
This website uses cookies.