“Duit Boleh Cari, Ibu Adalah Segalanya” Demi Mak Tercinta, CHEF WAN Upah Jururawat Dengan Kos RM6000 Sebulan

Baru-baru ini, NONA ada melaporkan yang chef selebriti terkemuka, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail baru saja mengadakan sambutan hari haji istimewa buat bonda tersayang, iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang ke 90 tahun sekitar Oktober lepas.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Menceritakan secara eksklusif kepada NONA, sambutan hari jadi buat Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot. “Di usia 90 tahun, tak ramai yang hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang anak beranak.

Demi kasih sayangnya pada satu-satu ibunya, Chef Wan juga turut berkongsikan yang beliau  mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah yang mempunyai sakit Demensia.

Menerusi hantaran Chef Wan di laman Instagramnya, jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu, yang dikhabarkan berasal dari Sabah, dan duduk berhampiran di Putrajaya.

Dalam hantaranya itu, beliau menyatakan bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya. Sementara itu, Chef Wan sempat berpesan kepada pengikutnya untuk sentiasa berikan jagaan yang terbaik buat ibu demi kebahagiaan dan keselesaan buatnya. Di hantaran tersebut, rata-rata ramai yang memuji tindakan Chef Wan yang benar-benar sayang dan sanggup berkorban untuk menjaga ibu tercinta.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share