Hebatnya kudrat seorang ibu! Itulah yang dapat digambarkan tatkala menatap Instagram milik pelakon My Beautiful Bride, Lee Si-young yang menjalani aktiviti mendaki gunung sambil mendukung anaknya! Bukan calang-calang pendakian kerana Lee Si-young berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di Korea Selatan dikenali sebagai Gunung Hallasan.

Dukung Anak Sambil Mendaki Gunung, Lee Si-young Bukti Kemampuan Luar Kotak Seorang Ibu!

Ads

Lee Si-young berkongsi momen indah tersebut  semasa hari pertama tahun 2023 apabila berkongsi gambar bersama anaknya yang berusia empat tahun di puncak Gunung Hallasan.

Dukung Anak Sambil Mendaki Gunung, Lee Si-young Bukti Kemampuan Luar Kotak Seorang Ibu!

“Saya tidak percaya dapat mendaki Gunung Hallasan dengan awak (anaknya). Saya hampir mati kerana awak lebih berat daripada yang dijangka.

“Namun, sangat bermakna dan memuaskan. Ketinggian saya mungkin susut sekurang-kurangnya satu sentimeter kerana berat awak sudah mencapai 20 kilogram.

“Kulit saya juga terbakar kerana berada bawah cahaya matahari tetapi saya bersyukur awak ada bersama,” tulis Si-young dalam Instagram.

Sebagai ibu, Si-young pada awalnya risau untuk membawa anaknya yang berusia empat tahun bersama untuk mencipta memori pada hari pertama 2023. Tetapi melihat persiapan yang rapi serta faktor keselamatan yang terbaik, Si-young membulatkan tekad membawa anaknya bersamanya.

Dukung Anak Sambil Mendaki Gunung, Lee Si-young Bukti Kemampuan Luar Kotak Seorang Ibu!

“Mendaki dengan awak di belakang saya tidak akan terjadi seumur hidup. Walau bagaimanapun, saya gembira dapat menghabiskan masa bersama.

“Saya risau kalau awak terlalu sejuk atau tidak mampu menghabiskan pendakian, tetapi kita selamat mendaki tanpa cedera.

“Terima kasih juga kepada sesiapa yang telah membantu kami menjayakan pendakian pada kali ini,” tambahnya.

Dukung Anak Sambil Mendaki Gunung, Lee Si-young Bukti Kemampuan Luar Kotak Seorang Ibu!

Hallasan merupakan gunung kedua tertinggi di semenanjung Korea selepas Paektu di Korea Utara.  Hallasan adalah antara ikon pelancongan Korea Selatan dan mendaki Hallasan pada musim sejuk perlu ada dalam senarai komuniti pendaki. Ia menyajikan pemandangan unik dan istimewa, selain dapat merasai pengalaman mendaki dan menuruni laluan dilitupi ais serta perubahan cuaca drastik.

Mengenai  Gunung Hallasan:

• Terletak di Pulau Jeju

Ads

• Gunung tertinggi di Korea Selatan.

• Ketinggian 1,950 meter dari paras laut

• Bawa peralatan asas mendaki seperti headlamp, raincoat, tongkat dan makan ringan.

Ads

• Masa mendaki musim sejuk 6 pagi; musim bunga 5.30 pagi, musim panas 5 pagi.

• Terdapat 1,800 flora dan 4,000 fauna di gunung.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI