Dulu Amber Chia & Amelia Henderson, Kini Giliran SITI SALEHA Terima Anugerah Dari Korea Selatan

Penghujung tahun 2020 telah membawa tuah buat pelakon cantik yang membintangi drama popular 7 Hari Mencintaimu ini. Siti Saleha telah berjaya mencipta sejarah peribadinya dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa. Wanita yang berusia 30 tahun ini telah memenangi anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020.

Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho

Mendapat pengiktirafan antarabangsa bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui sistem penghakiman yang efisyen. Kakak kepada vokalis kumpulan popular, Bunface ini telah menzahirkan rasa syukurnya di laman media sosialnya. “My first International Win,

” tulis Siti Saleha dengan bangga.
Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho

Tambahnya lagi, “Rasa bangga apabila terpilih oleh Asia Model Festival Organizing Committe 2020 di Seoul, Korea. Ketika seluruh dunia resah dengan pandemik COVID-19, berita yang tidak disangka ini benar-benar menceriakan saya,” coret wanita kacukan Inggeris-Melayu ini yang berterima kasih kepada seluruh peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier seninya.

Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho

Rupanya pelakon yang telah memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 baru-baru ini telah membuat penyelidikan tentang penganugerahan antarabangsa yang dicapainya seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho

“Saya membuat sedikit penyelidikan dan mendapati acara anugerah ini dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf mereka yang terbabit dalam pelbagai cabang seperti lakonan, peragaan dan sebagainya. Ia mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan, Korea Selatan,” kata wanita yang mempunyai nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini.

Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho

Sebelum ini anugerah ini pernah diterima oleh dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Henderson.

*Tak sabar nak tunggu 12.12 sebab nak shopping barang dapur di sini.

Foto: Instragram @sallywho
Foto: Instragram @sallywho
IKLAN
Share