Dulu Anak Murid Sekarang Suami, Beza 24 Tahun Antara Presiden Perancis & Isterinya Cipta Kontroversi

Cerita tentang perkahwinan di antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya bukan cerita baharu. Perkahwinan yang termaterai pada tahun 2007 ini telah menyaksikan kisah cinta di antara seorang guru dan anak muridnya.

Lebih mencuri tumpuan apabila Brigitte Marie-Claude Macron lebih tua daripada suaminya, 24 tahun. Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel dalam pilihanraya terdahulu, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.

Mengimbau detik pertemuan di antara Brigitte dan Emmanuel segala-galanya bermula sejak di ‘bangku sekolah’. Pasangan ini mula berkenalan sebagai seorang guru dan anak murid. Ketika itu Emmanuel baru berusia 15 tahun manakala Brigitte pula berusia 39 tahun. Namun pasangan ini hanya bercinta apabila Emmanuel berusia 18 tahun.

Percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Emmanuel namun tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel telah jauh dihantar ke kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Pada tahun 2007 sejurus Emmanuel tamat pelajaran di universiti, mereka melangsungkan perkahwinan.

Brigitte yang kini sudah menjangkau usia 66 tahun tetap tampil anggun dan bergaya serta mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Mungkin ada yang mengenali wanita anggun ini kerana telah mencipta nama di dalam kelompok fesyen global.

Nampaknya usia bukan penghalang kepada Brigitte untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.

Penampilan Brigitte yang cukup mengagumkan. Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya.

Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady sebaliknya memilih gaya yang popular.

Foto: Instagram @brigittemacronfanpage

Share
Published by
Hamizatul Maizan