Sukan bina badan dan angkat berat cukup sinonim dengan kaum lelaki, namun kini zaman dah berubah. Walaupun kaum wanita juga tidak terlepas dari menginginkan bentuk tubuh badan idaman, namun, jangan terkejut kerana ada juga wanita yang memiliki keinginan tubuh badan berotot seperti lelaki. Ibarat satu kepuasan mempunyai tubuh badan berotot persis lelaki, keazaman mereka nyata tidak boleh dipertikaikan.
Jika wanita lain menginginkan tubuh yang seksi dan langsing, berbeza pula dengan wanita bernama Nataliya Kuznetsova ini. Sewaktu dirinya berusia 13 tahun, Natalia Kuznetsova yang berasal dari Rusia ini didapati sangat kurus dengan berat badannya hanya sekitar 39 kg. Namun selepas dirinya diperkenalkan dengan sukan angkat beban, kini badannya seperti superhero Hulk!
Seawal usia 14 tahun, Nataliya mula nampak perubahan pada badannya seawall 14 tahun, selepas aktif berlatih selama 6 bulan. Bermula dengan keinginan menaikkan berat badan, dia terus ‘jatuh cinta’ dengan sukan angkat berat, khususnya powerlifting.
Kini, Nataliya berubah menjadi wanita perkasa dengan berat sekitar 90 kg. Dia juga merupakan juara angkat berat wanita dengan pemegang beberapa rekod angkat berat di negaranya untuk kategori deadlift dan 3 bench press.
Bagi seorang wanita sepertinya, tentu tidak mudah mendapatkan badan berotot dek perbezaan komposisi hormon jika dibandingkan dengan lelaki. Maka, Nataliya kekal tekad untuk mencapai impiannya dengan menambahkan menu yang kaya protein ke dalam dietnya. Hasilnya, berkat dedikasi dan semangat, Nataliya kini seberat 95kg. Dan siapa sangka, keunikan Nataliya menjadikan wanita ini popular di media sosial kini dengan 1 Juta pengikut di akaun Instagramnya.
View this post on Instagram
Sudah pasti tidak lari dari cacian dan komen-komen jahat warga Internet yang mengeji perubahan mendadak tubuhnya, Nataliya kekal positif dan menganggap ianya normal. “Anda seharusnya memikirkan tentang apa yang anda inginkan untuk diri anda sendiri. Apa tujuan anda, yang lain anda tidak perlu ambil tahu,” kata Nataliya.