Dulu Niaga Dari Rumah Je, Kini Usahawan SOBELLA Beli Bangunan 7 Angka & Lahirkan Jutawan Wanita!

Tiada apa yang mustahil untuk dicapai kalau rajin berusaha. Itulah yang sedang dinikmati usahawan wanita yang juga pengasas SoBella, Wan Nur Syuhada Wan Norzie hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini. Pernah jatuh terduduk ditipu pihak tidak bertanggungjawab melibatkan sejumlah wang yang besar namun wanita berjiwa cekal ini komited mengejar impian hidup. Kembali bangkit membina empayar sendiri, kini Wan Nur Syuhada atau lebih mesra disapa Syu mampu tersenyum bangga apabila perniagaan yang hanya bermula dari rumah tersebut semakin mendapat permintaan dan meraih pulangan lumayan setiap bulan. Alhamdulillah!

Walau mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan hasil keuntungan SoBella namun Syu selesa menjalani gaya hidup dengan caranya tersendiri. Malah, Syu menegaskan dia enggan menjadikan kemewahan sebagai kayu pengukur kepada setiap pencapaian. Sebaliknya mahu melihat 8000 squad Sobella di bawahnya menjana pendapatan sendiri dan berjaya mengubah nasib ke arah lebih baik adalah kejayaan sebenar yang paling bermakna buat dirinya.

Gemar berkongsi aura positif, Syu mendedahkan, “SoBella pun bermula dengan bisnes kecil-kecil je, bisnes dari rumah je. Waktu tu Syu duduk dengan mama. Baru settle pengajian di Shah Alam then balik duduk rumah mama. Mana ada duit nak stay

di KL. Sampai di Kelantan sementara tengah submit resume untuk cari kerja, Syu start serious berbisnes. Bungkus parcel kat ruang tamu mama sampai mama marah-marah katanya ‘Bersepah ruang tamu mama’.

Kemudian bila bisnes laju sedikit, Syu sewa bilik kecil atas office mama. RM 80 je sebulan. Kecil je biliknya. Sewa bilik tau bukan sewa kedai lagi. Kalau kat rumah, kadang-kadang layan customer, tertidur la pula. No disiplin. Bila ada tempat kerja proper, disiplin diri tu ada.

Dari sewa bilik, Syu sewa kedai tapi di tingkat 2 sebab nak sewa murah. Tak mampu lagi pasang signboard ke apa. Terpaksa keluar dari bilik kecil tu sebab stok makin banyak dah. Syu dah mula hire staff. Ambil 2 orang secara berperingkat sebab waktu tu alhamdulillah jualan dah makin naik ke fasa seterusnya.”

Ujarnya lagi, “Dalam setahun menyewa office tingkat dua tu, Syu sewa bangunan office 2 tingkat. Atas bawah Syu ambil sebab masalah sama. Stok makin banyak dan staf makin ramai. Rasa happy gila dah waktu tu walaupun menyewa je. Office pun besar, Syu dah ada bilik sendiri, stor pun dah proper

waktu tu.

Tapi duduk office baru tu pun dalam setahun lebih je sebab staf makin ramai lagi. Akhirnya Syu decide untuk beli bangunan 3 tingkat sebagai mercu tanda SoBella. Bangunan yang bernilai 7 angka ni Syu beli hasil dari bisnes kecil-kecil yang bermula dari rumah je.”

Selain mampu menggaji lebih tenaga kerja dan stok niaga yang makin meningkat, Syu mencatat satu lagi kejayaan baharu apabila mampu mempelopori sebahagian besar billboard di laluan utama seluruh negara. Bukan murah tu!

“Alhamdulillah, baru-baru ini SoBella dah naikkan billboard di beberapa tempat. Antaranya di Kelantan, Melaka, Shah Alam, Kuantan dan Johor. Akan ada 100 billboard Sobella di seluruh Malaysia. Selain perkembangan itu, kami juga akan keluarkan produk baru, edisi baru. Seperti biasa, kalau dah habis edisi baru ini… memang dah tak keluarkan lagi dah.”

Bercerita mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap perniagaan, Syu berkata, “Nak kata SoBella tak terkesan, tipulah. Alhamdulillah kami boleh maintain dan raih pencapaian sama. Paling penting bagi saya adalah untuk pastikan my team terus bersemangat sepanjang PKP ini. Mungkin ada yang fikir waktu PKP ni orang tak berbelanja. Hakikatnya Pos Laju hari-hari ‘jammed’ dengan barang yang nak kena hantar.

Semua tu mindset je yang cakap waktu PKP orang tak beli. Tambah lagi produk kecantikan yang memang sinonim dengan orang wanita. Ia macam keperluan bagi wanita. Jadi saya kena pastikan semua produk yang nak diedarkan dalam keadaan ready stock agar memudahkan team nanti.”

Ditanya apa rahsia bisnes SoBella mampu bertahan hingga sekarang, ibu berusia 31 tahun ini menjelaskan kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan. “Untuk berjaya dan bertahan dalam industri, you need to be different. Tak boleh sama dengan orang lain. Bila buat sama seperti orang lain, kita akan jadi kurang menonjol. Jadi pesan saya kepada mereka yang mahu mendalami bidang bisnes, cari keunikan bisnes anda dan cari kelainan serta tonjolkan keistimewaan anda. InshaAllah bisnes cepat naik.”

Walau SoBella makin pesat berkembang dengan pertambahan ahli saban tahun, Syu tidak lupa membantu golongan yang memerlukan. Terutamanya ketika negara dilanda wabak Covid-19 sejak hampir setahun yang lalu.

“Sudah tentu saya perlu melibatkan diri dalam usaha seperti ini. Bahkan saya selalu tekankan kepada team bahawa kejayaan individu bukan Kejayaan milik kita semata, kena kongsi dengan orang ramai. Inshaallah apabila berjaya beri lebih kepada ramai orang, lebih banyak lagi ‘masuk (rezeki)’ kepada kita.Di SoBella memang kami ada buat beberapa sumbangan kepada frontliners.

In fact, waktu Covid-19 tahun lalu lagi kami dah agresif beri sumbangan di hospital, bantuan makanan kepada polis dan juga bantuan dari segi kewangan, PPE serta sebagainya. Mereka adalah hero negara di musim sekarang ini dan saya rasa sangat bersalah kalau tak menolong.”

Moga kejayaan Wan Nur Syuhada menjadi inspirasi lebih ramai wanita untuk berjaya kelak. Pastinya penerima Nona Top Beauty Entrepreneur ini seorang wanita yang berjiwa besar, kreatif dan berani mencuba pelbagai perkara baru demi memastikan perniagaan terus memenuhi cita rasa semua lapisan umur. Tahniah dan semoga terus maju jaya!

 

 

Kredit foto: Instagram Wan Nur Syuhada

Share
Published by
Suzi