Namanya mungkin asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia namun bagi peminat telenovela Filipina, pasti mengenali rupa paras cantik menawan Love Marie Payawal Ongpauco atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Heart Evangelista. Dilahirkan pada 14 Februari 1985 di Manila, Filipina wanita berjiwa seni ini kemudian dibesarkan di United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air ketika usia remaja.

IKLAN

Mewarisi kecantikan ibu dan ayah, Heart memulakan karier sebagai model dan pelakon pada usia yang cukup muda iaitu 13 tahun. Bapanya Reynaldo Evangelista Ongpauco ialah pengusaha restoran terkemuka berketurunan Filipina-China.

Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Heart melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang bersama lelaki pilihan yang juga ahli politik Filipina, Senator Francis Escudero pada 15 Februari 2015 di Balesin Island Club secara tertutup.

Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte

Sepanjang lebih 20 tahun bergelar pelakon, bermacam-macam drama, filem dan program televisyen sudah dibintangi selebriti berbakat besar ini. Antara filem yang berjaya melonjakkan namanya di pentas lakonan ialah ‘Ay, Ayeng’, Trip dan My First Romance.

Dalam pada itu, Heart juga aktif melibatkan diri sebagai hos dan turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian.

Menariknya, Heart juga telah menghasilkan empat album kompilasi dari tahun 2002 hingga 2005 selain pernah muncul dalam klip video beberapa penyanyi Filipina dan membintangi video muziknya sendiri.

Tidak hanya bersandarkan kepada kekayaan dan populariti suami semata-mata, jelitawan ini turut bekerja keras memiliki apa yang diimpikan dan ligat mencari peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni.

IKLAN

Setelah puas menjadi pelakon, hos dan penyanyi, Heart mengasah bakat dalam dunia lukisan dengan menyertai pelbagai pameran seni. Kalau tengok karya lukisannya memang mengagumkan!

Bukan hanya pandai melukis di atas kanvas, wanita berusia 37 tahun ini juga berani menzahirkan kreativiti seninya dalam fesyen menerusi kerjasama dengan pereka handalan di sana. Paling tak sangka, dia berani ‘mencurahkan’ sentuhan magis seninya di beg tangan. Bukan calang-calang ya sebab kebanyakan beg tangan yang menjadi ‘kanvas lukisan’ Heart adalah dari jenama mewah, Hermes!

IKLAN
Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte
Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte
Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte

Selain telah memenangi puluhan anugerah hasil lakonan mantapnya, Heart kini bergelar usahawan, penulis, ikon fesyen dan pengarah urusan. Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mengangkat nasib golongan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan.

Menyentuh gaya hidup aktres ini pula, Heart dilihat selesa berkongsi rutin harian di media sosial dan memiliki saluran YouTube sendiri. Mengintai platform YouTube Heart, jurucakap Philippine Animal Welfare Society (PAWS) ini ada memuatnaik video closet tournya. Tak ubah seperti sebuah butik mewah! Malah, kebanyakan video perkongsian Heart mendapat lebih sejuta tontonan.

Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte
Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte
Dulu Pelakon, HEART EVANGELISTA Isteri Senator Filipina Yang Cantik & Kaya!
Credit Instagram @iamhearte

Lebih istimewa apabila Heart ‘menayang’ salah satu koleksi beg tangan mewah yang dimilikinya iaitu Birkin Himalayan Crocodile yang mencecah jutaan ringgit! Sambil berseloroh, wanita berjiwa besar ini berkata jika berlaku kebakaran dia akan selamatkan beg tangan itu dahulu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI