Gaya Hidup

Dulu Pelakon Kini ‘Lady Boss’ SUKE TV, DATIN EMYLIA ROSNAIDA Tulang Belakang Dato’ AC Mizal!

Kejayaan tidak akan pernah mengkhianati mereka yang rajin berusaha. Pernah menjadi pelakon satu ketika dulu, kini Datin Emylia Rosnaida mendaki puncak kerjaya apabila bergelar lady boss di stesen televisyen milik suami tercinta iaitu SUKE TV!

Tidak dinafikan wajah jelita Datin Emylia sewaktu membintangi filem Cinta Metropolitan pada tahun 1996 masih terkesan di hati penonton sampai sekarang.

Pun begitu sejak bergelar isteri kepada aktor dan pengacara popular, Dato’ Mizal Zaini atau nama komersialnya Dato’ AC Mizal hampir 20 tahun lepas Datin Emylia dilihat tidak lagi aktif dalam kerjaya lakonan.

Sebaliknya dia lebih selesa berada di belakang tabir dan menyokong kerjaya suami tercinta di samping menguruskan keluarga dan anak-anak.

Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac

Namun kini pasangan romantis berkenaan mengambil tindakan berani mengusahakan perniagaan sendiri sejak April lalu dengan membuka stesen televisyen yang dikenali sebagai SUKE TV. Di SUKE TV, Datin Emylia merupakan pengasas bersama dan menyandang tugas sebagai Pengarah.

SUKE TV ialah rangkaian media dan hiburan terbaharu yang menyiarkan rancangan sesuai dengan selera penonton masa kini. Selain padat dengan informasi beli-belah secara dalam talian.

Memetik kenyataan Dato’ AC Mizal kepada media baru-baru ini, SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan ia akan ke udara 24 jam dengan menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian. Dalam pada itu, SUKE TV juga berhasrat membantu usahawan tempatan, peniaga kecil-kecilan dan PKS melalui SUKE SHOP.

Menjengah media sosial milik isteri Dato’ AC Mizal, ibu dua anak yang juga kakak kepada pelakon Emelda Rosmila berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran pada 22 September lepas.

Dalam kesibukan mengurus stesen televisyen di samping suami, Datin Emylia menerima kejutan istimewa daripada kakitangan SUKE TV sempena hari lahirnya.

Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac

Kongsi Datin Emylia, “First of all I would like to say thank you to my hubby and all my staff SUKE TV, prepare semua ni. Sanggup stay back dekat office untuk prepare dan buat deco yang cantik. Thank you for your efforts, I appreciate sangat dan paling win, prank me sampai tak pecah lubang ya terror you all semua.

Sampai I sendiri tak boleh detect. Bagus planning you all but I appreciate sangat, terharu dan happy dan bersyukur pada Allah kerana mendapat keluarga baru di SUKE TV. Love you all guys.”

Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac
Credit Instagram @emyliadac & @dacdatoac

Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya matai aitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.

Share
Published by
Suzi