Gaya Hidup

Dulu Pengasuh & Jurujual, Nasib GEORGINA Berubah Lepas Jumpa RONALDO! Kini Mewah Hujung Rambut Ke Kaki

Inilah yang dikatakan jodoh! Siapa sangka, Georgina Rodriguez  yang dulunya gadis biasa dan pernah bekerja di butik fesyen mewah kini menjadi perhatian dunia selepas dia bergelar kekasih bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo.

Bagaikan bulan jatuh ke riba, kehidupan Georgina berubah sepenuhnya sejak takdir mempertemu dirinya dengan Ronaldo di Madrid sejak Jun 2016. Kisah pertemuan dan cinta pasangan ini turut disiarkan dalam siri Netflix ‘I Am Georgina’ pada Januari lepas.

Memetik laporan The Sun UK, Georgina merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Argentina yang dikenali sebagai Jorge. Ketika kecil, dia bercita-cita mahu menjadi seorang penari balet namun terpaksa melupakan impian tersebut kerana kesempitan hidup keluarganya.

Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio

Georgina juga pernah tinggal di sebuah apartmen yang kecil dan bekerja sebagai pelayan restoran sebelum berhijrah ke Bristol pada usia 19 tahun. Ketika berada di Bristol, Georgina diambil bekerja sebagai pengasuh budak dan menerima bayaran USD18.50 sejam.

Berkat kesungguhan mahu menjalani hidup lebih baik, dia gigih mempelajari kemahiran berbahasa dan kembali semula ke Sepanyol seterusnya bekerja di butik jenama mewah di Madrid.

Dia kemudian diterima bekerja di butik Gucci dan di situlah Georgina bertemu Ronaldo sebelum menjalin hubungan lebih serius hingga sekarang.

Melihat kehidupan Georgina kini sememangnya mewah dan kian berjaya sebagai seorang peragawati. Meriah tengok keluarga Ronaldo dan Georgina di samping lima anak kesayangan mereka.

Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio

Kira-kira enam tahun menjalin hubungan cinta, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Alana Martina yang lahir pada 12 November 2017 dan pada 18 April lalu, Georgina selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan yang diberi nama Bella Esmeralda.

Memetik laporan media antarabangsa, Georgina sepatutnya bersalin sepasang anak kembar lelaki dan perempuan namun bayi lelaki mereka tidak dapat diselamatkan. Akur dengan takdir, Georgina turut dilaporkan menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo.

Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio

Memang baik hati ibu berusia 28 tahun ini. Patutlah Ronaldo sayang! Terharu dengan pengorbanan Georgina, media pernah mendedahkan Ronaldo tidak lokek berkongsi kesenangan dengan memberi elaun sebanyak £80,000 atau kira-kira lebih RM459 ribu sebulan kepada wanita istimewa itu bagi menyara keperluan hidup.

Difahamkan bintang Portugal tersebut dan Georgina menjalani gaya hidup mewah di Turin, Itali dengan pendapatan Ronaldo bersama Juventus waktu itu dianggarkan mencecah sehingga RM151 juta setahun!

Dengan jutaan ringgit yang diterima, tidak hairanlah Ronaldo dan Georgina termasuk anak-anak hidup serba mewah. Bercuti menaiki jet peribadi mahupun percutian di atas kapal mewah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio
Kredit Instagram @georginagio

Malah, persalinan dan aksesori yang disarung Georgina adalah berjenama mewah antarabangsa dari hujung rambut ke hujung kaki. Mengintai Instagram wanita kelahiran Buenos Aires, Argentina ini, pelbagai koleksi, saiz dan warna beg tangan Hermes ada dalam simpanan Georgina. Itu belum kira kasut, jam tangan dan barangan aksesori lain.

 

Sumber: thesun.co.uk

Share
Published by
Suzi