Uncategorized

Dulu Penyanyi Kini Tenaga Pengajar UniSZA, Anis Suraya Kerabat Diraja Terengganu Humble!

Kelunakan suaranya mendendangkan lagu popular, Cinta Tersimpul Rapi tahun 1999 meninggalkan kesan mendalam kepada peminat seni tanah air hingga ke hari ini. Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu, aura Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman atau mesra di sapa sebagai Anis Suraya masih mempersona.

Bukan hanya dikagumi kerana bakat, Anis juga seorang wanita yang penuh kelembutan, sopan dan merendah diri. Pendek kata, peluang bekerjasama dengan figura ini cukup menyenangkan.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1996, Anis Suraya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Liza Hanim pada awal tahun 2000.

Lagu-lagu nyanyian Anis juga bukan hanya ‘hit’ dan meniti di bibir peminat muzik malah dia turut berjaya merangkul gelaran Juara Voice of Asia 2000 sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Kazakhstan. Bukan calang-calang!

Baru-baru ini, Anis terlibat dalam sesi vocal coaching dengan penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu.

Ujarnya, “Kekadang sampai satu masa kita perlu memberi dan memanfaatkan waktu dan kesempatan yang diberi disemai menjadi benih agar ia membunga dan berkembang di taman. It’s not about winning, it’s about everything happens for a reason.

All the best buat semua student UniSZA bagi subjek “Public Speaking” dan “Introduction to Languages and Linguistics” tahun satu ISM Bahasa Inggeris dan Komunikasi, ISM Bahasa Melayu dan Komunikasi, ISM Perhubungan Awam, ISM Dietitik dan ISM Nutrisi. Semoga kalian semua mendapat ‘sesuatu’.”

5 Jun lepas, kerabat diraja Terengganu ini menerima Anugerah Gendang Sari sempena Anugerah Seni Makum Sesi 2022/2023 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sejak awal pembabitan Anis dalam industri seni dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi dan mengekalkan imej bersihnya. Walau terkenal dan berstatus kerabat diraja namun Anis cukup merendah diri.

Dia juga merupakan kakak kepada pelantun lagu Melodi Hati, Shawn Baharin atau terkenal dengan gelaran Ricky Martin Malaysia.

Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat jelitawan ini jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Ketika dihubungi Nona, Anis mendedahkan tumpuannya kini lebih kepada menjaga suami dan anak-anak.

“Alhamdulillah hidup Anis sekarang lebih tersusun. Banyak masa dengan keluarga dan melayan hobi menyanyi sekali-sekala. Perkembangan terbaru, sekarang ni Anis fokus pada kerja hakiki Anis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.

Selaku Pegawai Kebudayaan, minat dan hobi Anis cukup terisi kerana Anis diberi peluang bergiat aktif dalam seni budaya negeri. Bukan sahaja mengajar kelas vokal, malah turut membimbing pelajar-pelajar bermain alat muzik gamelan melayu, tarian tradisional, koir dan yang terbaru mengurus dan mengendalikan radio internet universiti.

Anis masih lagi aktif menyanyi tapi hanya muncul sekali-sekala di media sosial dengan nyanyian semula lagu-lagu sendiri, nyanyian cover lagu artis-artis baru, product review dan luang masa bersembang dengan followers.”

Artikel https://www.nona.my/anak-gadis-warisi-suara-lunak-ibu-anis-suraya-kerabat-diraja-terengganu-ligat-majukan-seni/

Anis Suraya ialah ibu kepada lima cahaya mata iaitu Puteri Elisya Farzana, Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia.

Share
Published by
Suzi