Tak sangka! Dulu pernah kritik pendekatan platform digital Twitter Inc kini Bilionair yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk telah membeli platform media sosial tersebut.
Lelaki terkaya di dunia ini sebelum ini menyifatkan dirinya pendukung kebebasan berucap telah mengkritik pendekatan yang telah diambil Twitter.
Elon Musk yang mempunyai 84.7 juta pengikut di laman Twitter dulu pernah kritik platform media sosial ini dengan berkata algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai.
Tak tahu, apa agaknya yang telah mempengaruhi Bilionair ini untuk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191 bilion). Nampak tu, begitu kaya lelaki yang berusia 50 tahun ini. Terus bayar tunai, tak main lah bayar deposit dulu.
Menurut laporan Astro Awani, individu terkaya di dunia yang mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania ini mahu membeli Twitter kerana berpendapat ia tidak memenuhi potensinya sebagai platform untuk “bebas bersuara.”
Jelasnya, ia perlu diubah sebagai sebuah syarikat swasta untuk membina kepercayaan dalam kalangan pengguna dan melakukan lebih baik bagi melaksanakan prinsip kebebasan bersuara.
Apakah agaknya perubahan yang akan dilakukan oleh Elon Musk terhadap platform media sosial yang menjadi tumpuan ramai ini. Tak sabar nak melihat perubahan yang bakal dilakukan oleh Bilionair ini.
Sebagai pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih US$190 bilion, lapor agensi berita Xinhua.
Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.
Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih US$150 bilion.
Apa itu Twitter?
Twitter adalah layanan bagi teman, keluarga, dan teman sekerja untuk berkomunikasi dan tetap terhubung melalui pertukaran pesan yang cepat dan kerap. Pengguna boleh buat posting (tweet) yang terdiri daripada foto, video, tautan, dan teks.
Baca juga; Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!
This website uses cookies.