Dulu ‘Personal Shopper’ Kini Punya Butik Sendiri, NOR RAFIDAH Realisasi Impian Pakai Item Berjenama Dengan Harga Mampu Milik

Semua wanita impikan barangan asli dan berjenama, namun ekoran harga terlampau tinggi menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut. Namun kini, dengan Sellection.com, anda kini mampu bergaya dan berOOTD sakan dengan beg, tas tangan, kasut mahupun aksesori berjenama dengan harga jauh lebih rendah.

Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ di Montreal Kanada sejak lapan tahun lalu, wanita hebat ini, Nor Rafidah Khairuddin atau lebih mesra digelar Maam Rafidah di kalangan kakitangan dan pelanggannya, sudah memiliki empayar perniagaan sendiri di tanahair dengan harapan memenuhi impian setiap wanita untuk tampil anggun dengan barangan asli berjenama ‘kayangan’ dengan harga mampu milik.

“Jika dulu hanya golongan berduit saja mampu menunjuk, membeli dan memakai barangan serta berjenama mewah, kini tidak lagi. Menerusi Sellection.com, kini semua individu layak dan boleh memilikinya tanpa mengira status, latar belakang mahupun kerjaya,” ujar Rafidah.

Sellection.com ialah kedai fesyen berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi barangan serta aksesori berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade dan lain-lain, Sellection.com membantu mereka terutama sekali wanita meningkatkan keyakinan diri dengan tampil dengan barangan berjenama.

“Semuanya bermula selepas saya mengikut suami tinggal dan seterusnya menetap di Kanada atas urusan kerja. Atas niat membantu dan menyokong situasi kewangan suami, saya mula menjual menjual banana muffin dari kafe ke kafe di downtown Montreal. Selepas seketika, hasil yang saya dapat saya gunakan untuk membeli handbag berjenama Coach sebagai reward kepada diri sendiri.

Rafidah dan suami

Alangkah terkejutnya saya, harga tas tangan berjenama yang dijual di Montreal Premium Outlet tersebut jauh lebih murah dari harga pasaran di Malaysia. Lalu saya membuka tempahan awal untuk ahli keluarga dan rakan-rakan, namun selepas itu semakin ramai yang menempah menerusi saya. Lalu terdetik idea untuk menjadikan ini sebagai cabang perniagaan.”

Menariknya, baik lelaki mahupun wanita kini sesiapa saja boleh memiliki barangan berjenama dengan membayar ansuran 3 hingga 6 kali kali lantas menjadikan Sellection.com platform beli belah atas talian pilihan wanita zaman kini. Malah dengan tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali memberikan jenama itu peluang untuk membantu pelanggan merancang kewangan bulanan.

“Saya percaya semua wanita dan lelaki sentiasa ingin kekal cantik, segak dan berketrampilan, namun mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja,” jelas Rafidah kepada NONA.

“Awal dahulu, langsung tak terdetik untuk terjun dalam bidang perniagaan, saya pula belajar sains politik. Selepas berniaga secara kecil-kecilan barulah saya sedar saya mempunyai passion dalam berbisnes.”

Namun akui Rafidah, tak semuanya datang dengan mudah. Membina dan mendapatkan kepercayaan dari pelanggan adalah cabaran paling utama, menjadi satu aspek penting dalam perniagaannya.

“Ada pelanggan yang masih khuatir dengan keaslian barangan yang dijual, jadi saya perlu membina keyakinan dan kepercayaan mereka dengan menjadi bukan sekadar pembekal tetapi rakan alam maya buat mereka. Pada 2018, saya pulang semula ke Malaysia dan terus berazam mengembangkan perniagaan ini, dan alhamdulillah Sellection.com sudah punya butik fizikal sendiri selepas masuk 8 tahun kami beroperasi. Butik Sellection yang terbaru telah dibuka di Wangsa118, Kuala Lumpur. Ia lebih besar dan selasa untuk semua rakyat Malaysia kunjungi.,” syukuri Rafidah.

Harapan Sellection.com adalah untuk menjadi syarikat lokal merentasi Singapura dan Indonesia dan seterusnya di Benua Amerika  sebagai sebuah platform membeli belah utama atas talian yang mudah dan mesra pelanggan. Selain menjadi platform utama dan hub fesyen di Malaysia, Sellection ingin membina komuniti  “SETIA” dalam usaha meningkat keyakinan diri mereka wanita mahupun lelaki dalam menyerlahkan penampilan mereka selari dengan hasil usaha mereka.

Untuk membeli Pre Order handbag jenama Coach, Michael Kors, Kate Spade & Fossil, lihat katalog di laman web www.Sellection.com.

Ikuti perkembangan Sellection.com di media sosial terutamanya di Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah yang mana sering diadakan siaran langsung “LIVE” untuk berkongsi review handbag dengan para pelanggan.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus