Siapa sangka, kerjaya sebagai personal shopper mampu merubah kehidupan dan memiliki butik sendiri!  Pengasas butik dalam talian dan fizikal,  Sellection, Nor Rafidah Khairuddin kini  memperluaskan empayar perniagaannya dengan memiliki butik sendiri yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!
Nor Rafidah Khairuddin

Berkat kesungguhan  dan rasa cinta terhadap bidang yang diceburinya sejak  sembilan tahun yang lalu, hujung tahun lalu butik Rafidah telah berpindah ke lokasi baharu dengan keluasan tiga kali ganda besar dari butik terdahulu yang terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ads

Mengukuhkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan dan  #impianjadikenyataan dengan merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan tak lupa pelanggan setia.

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!

“Bermula sebagai seorang personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini, saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu. Syukur kini perlahan demi perlahan jenama ini mula dikenali ramai.

“Paling penting, jenama saya ini melebarkan pengaruh bukan dalam masa singkat. Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!

Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.

“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk “mak datin”. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.

Ads

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!

“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan pengayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan handbag yang tepat dan ideal.

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!

Ads

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu turut berbangga kerana sejak tahun lalu kerana jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.

“Biarpun sedar 80 peratus jualan diraih dalam talian www.sellection.com, kami cuba imbanginya dengan butik fizikal. Ada orang nak juga rasa barangan depan mata dan merasai memakai. Nak ‘walk-in’ ke butik amat dialu-alukan.

Dulu Personal Shopper, Kini NOR RAFIDAH Bangga Punya Butik Sendiri. Siap Ada Aplikasi Mobile Sendiri!

“Malah kehadiran aplikasi mobil, Sellection dilihat sebagai menyokong kecenderungan ramai membeli dalam talian. Pilihan lain untuk membeli, selain online atau walk-in ialah menghubungi Sellection Business Partner yang sah atau #TeamSellection untuk konsultasi.

“Komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan menjadi teras dan kunci ‘kekuatan’ kami. Hingga kini di laman sesawang saja kami mendapat sebanyak 4594 ulasan positif, selain di Google Review pula sebanyak 453 ulasan,” katanya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI