Dunia kecantikan sentiasa ‘mengejutkan’ kita dengan pelbagai inovasi baru. Antara yang menjadi trend lewat tahun kebelakangan ini adalah terapi cahaya LED.
Rawatan LED untuk kecantikan sering ditawarkan di klinik kecantikan atau pusat estetik pada harga yang mahal. Antara nama lain bagi terapi ini adalah Dermawave dan Revitalight.
Namun sejak pandemik melanda, banyak klinik dan salun ditutup, seterusnya memaksa kita mencari alternatif lain bagi mengekalkan keremajaan. Mujurlah kini ada banyak peranti kecantikan dengan manfaat serupa, kita bisa menikmati pelbagai terapi di rumah.
Thanks to hi-tech beauty! Industri kecantikan berhasil menghadirkan terapi cahaya LED agar rutin kecantikan di rumah menjadi lebih berkualiti.
Terapi cahaya LED melibatkan gelombang anti-ultraviolet yang dipancarkan terus ke permukaan kulit, bersifat painless dan tanpa downtime. Cahaya LED dapat memancarkan pelbagai warna dengan fungsi berbeza sesuai keperluan kulit.
Dengan disiplin dan rutin yang konsisten, gelombang cahaya mampu merangsang produksi kolagen, memperbaiki kerosakan sel dan tekstur kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat, mengurangkan garis halus, mencerahkan dan sebagainya.
Dengan penggunaan produk skincare berkonsentrasi seperti serum atau esen, manfaat masker LED dikatakan bekerja lebih maksimum.
Maksud Di Sebalik Warna LED
(a) LED Biru
Memiliki sifat antibakteria, cahaya biru mampu matikan bakteria yang terdapat dalam folikel mahupun liang roma di wajah. Ia juga berfungsi dalam mengurangkan penghasilan minyak berlebihan dan menyembuhkan luka akibat terbakar pada tahap tiga.
(b) LED Hijau
Berkesan dalam mengatasi kemerahan dan kulit yang merengsa, cahaya ini juga sesuai untuk individu yang mahu kurangkan pengeluaran melanin dan pigmentasi.
(c) LED Kuning
Bertindak untuk trigger sistem limfa, cahaya kuning berfungsi untuk tingkatkan penyingkiran toksin dari tempat yang dirawat selain menyembuhkan luka dan menghidrat kulit.
(d) LED Merah
Cahaya merah pula terkenal dalam kalangan mereka yang mahu menghilangkan atau kurangkan tanda penuaan, kedutan mahupun penuaan pramatang. Ia berfungsi dan bertindak pada fibrolas iaitu sel kulit yang menghasilkan kolagen yang membentuk sebahagian besar tisu penghubung untuk membantu kulit ketika ia rosak.
PILIHAN NONA: Peranti Skin Inc Optimizer Voyage Tri-Light++ LED
Sabrina percaya bahawa tiada satu pun produk yang sesuai untuk semua jenis kulit, Pengasas Skin Inc ini merevolusi data dan sains bagi mencipta serum khas untuk setiap jenis kulit pelanggan.
Gandingan My Daily Dose Serum dan Custom Recovery Sleep Mask bersama peranti Optimizer Voyage Tri-Light++ LED membuatkan regimen kecantikan di rumah benar-benar berkesan.
Seperti sentuhan juruterapi estetik, banyak masalah kulit yang selesai dengan rawatan hebat ini.
Semoga waktu pandemik ini dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk memelihara semula kecantikan wajah anda. Selamat mencuba!
This website uses cookies.