Shella Saukia meraih perhatian ramai sejak perjalanan hidupnya tular di media sosial. Ketika musibah tsunami Aceh pada 26 Disember 2004, Shella masih di bangku sekolah.
Shella yang kini digelar sebagai ‘crazy rich’ Aceh memulakan hidupnya dari bawah.
Sebelum berjaya seperti sekarang, Shella pernah tinggal di rumah bantuan tsunami Aceh.
“Kebetulan ketika tsunami, saya berada di kawasan Aceh Tengah, bukan di Banda Aceh,” ujarnya yang dipetik dari detik.com
Kisah hidup wanita berusia 33 tahun ini menjadi viral selepas dia memuat naik ke TikTok peribadinya @shellasaukia.
Dalam muat naiknya, Shella menunjukkan bantuan perumahan yang disediakan kerajaan selepas bencana tsunami.
Berkat kegigihannya berniaga, dia mengecap kejayaan serta memiliki rumah dan kereta mewah.
“Tidak ada kata terlambat untuk berjaya.
“Saya menyewa di rumah bantuan tsunami pada 2016, kemudian miliki rumah impian pada 2021,” tulisnya di TikTok.
Shella dan suami berazam untuk memiliki rumah sendiri dan tidak menyewa. Dia menabung untuk membeli rumah.
“Tahun 2018 saya dan suami mula menabung untuk rumah idaman. Saya gigih melakukannya, kebetulan tanah di sebelah rumah bantuan itu dijual.
“Alhamdulillah saya beli segera,” kata Shella.
Bukan itu sahaja, Shella tidak mahu melupakan perjuangannya ketika memulakan perniagaan. Dia segera membeli rumah lama itu dan mendudukinya pada 2021.
“Bermula 2018, saya menabung. Tahun 2019 pembinaan sudah dimulakan.
“Alhamdulillah pada 2021 rumah idaman kami dapat diduduki,” katanya.
Selepas melalui perjalanan hidup yang berliku, Shella membuktikan dirinya mampu bangkit dan menjadi CEO Shellasaukiagroup.
Pada 2015, Shella memulakan perniagaan fesyen muslimah dan tudung @shellasaukiashop pula.
Kini Shella menceburi perniagaan kosmetik melalui label Shella Saukia Skin.
Pada 2022, Shella melancarkan pula produk siri penjagaan kulit baharu di bawah label sama. Shella melancarkan produk terbaharunya di Atrium Utama Senayan City.
Shella akui, dia tidak pernah muncul secara langsung atau mengadakan pertunjukan fesyen di khalayak ramai.
Dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.
Semoga kisah Shella ini menjadii inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.
Kredit Foto: Instagram Shella Saukia
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.