Dulu Wartawan Kini Ais Rashid Jurulatih Yoga Terkenal Lengkap Pakej Cantik, Bijak & Friendly!

Mengenali Ais Rashid melalui Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan membibitkan persahabatan yang erat di antara kami. Bermula dari perbualan santai, membawa ke pelbagai hal ehwal semasa. 

Berusia 31 tahun, Ais Rashid merupakan seorang jurulatih yoga profesional sejak 7 tahun lalu. Portfolionya cukup impresif, beliau pernah mengajar ramai pencinta yoga termasuk golongan kerabat, VVIP dan selebriti.

Percaya tidak, antara pelajar-pelajar kelas yoga Ais Rashid adalah Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, Marsha Milan, Scha Alyahya, Noryn Aziz, Nurida Suraya, Dato’ Nadia Marni, Datin Dr Halina Yunos, Datin Reena Zach, Puteri Zarith, Noornabila, Nik Nafisah Marini, Dr Imelda Idzham dan ramai lagi.

“Sebenarnya saya mengajar semua peringkat, tak kira golongan apa pun. Yang penting manfaat senaman yoga ni dinikmati oleh semua orang.” Ais Rashid

Ais dan Marsha Milan

 

Scha Alyahya antara pelajar Ais

 

Ais mengajar Noornabila di rumah

 

Bagi Ais, senaman yoga pada zaman kini lebih moden dan versatil mengikut peredaran masa.

“Melalui pengalaman saya sebagai jurulatih yoga, kebanyakan pelajar saya lebih fokus kepada tujuan asal bersenam iaitu mengekalkan ‘fitness’ dan menjaga kesihatan.

Tak kurang juga untuk kelihatan lebih ‘lean’ di mana senaman yoga ni mampu menjadikan fizikal lebih fit, selain membantu pernafasan yang lebih baik.

Badan rasa lebih relaks dan kita dapat tidur yang lebih berkualiti selepas mengamalkan senaman yoga yang betul.” Ais Rashid

Ais melatih jutawan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Vincent Tan

 

BERTAULIAH

Pada usia semuda ini, Ais telah memiliki kemahiran profesional dalam senaman yoga, umpamanya Certified Yoga Instructor dari Vikasa Yoga Academy, Koh Samui, Thailand; Certified Practical Pilates Workshop (AFAA); Certified Prenatal Yoga Teacher (Surya Yoga); dan Certified Back Roller Therapy (Ispirit Asia).

“Sebelum ni saya merupakan bekas wartawan penyiaran berita di TV3, NTV7, Bernama TV dan RTM. Tapi kerana minat mendalam terhadap yoga, saya tekad menjadi jurulatih sepenuh masa.

Saya tinggalkan dunia media pada Disember 2015. Kemudian saya mula mengajar secara ‘private’ pada tahun yang sama selepas menjalani latihan intensif selama sebulan di Thailand.” Ais Rashid

Ais bersama bekas supermodel Malaysia, Nik Nafisah Marini

 

Yoga ibu dan anak, Ais bersama Hamisah (68) dan Azlin (44)

 

Isteri Angkasawan Negara, Datin Dr Halina Yunos

 

Ais dan Dr Imelda Idzham (Klinik Idzham)

 

Bersembang dengan anak Sungai Petani, Kedah ini tiba-tiba mengingatkan saya kepada video headstand jutawan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan.

Ais begitu bijak melatih pelajar-pelajarnya walaupun ada segelintir yang sudah berusia. Adakah yoga selamat untuk semua peringkat umur?

“40% daripada pelajar saya terdiri daripada golongan berusia di antara 40 tahun ke atas hingga 70 tahun.

Saya rasa mereka semua mempunyai kekuatan otot dan ketahanan badan yang bagus kerana yoga mempunyai pelbagai jenis gerakan yang mudah diikuti.

Senaman yoga juga adalah senaman ‘low impact’, di mana ia bagus untuk jantung selain berisiko rendah. Latihan pernafasan juga bermanfaat untuk mereka.

Bagi golongan berusia 50 tahun ke atas, mereka harus mengamalkan senaman kardiovaskular dan fleksibiliti, maka yoga adalah pilihan yang tepat.

Selalunya saya akan cadangkan penggunaan peralatan ‘yoga block’ atau ‘yoga strap’ sebagai pengganti jika seseorang pelajar sukar melakukan mana-mana gerakan fizikal. Cara ini juga lebih selamat digunakan ketika sesi yoga.” Ais Rashid

 

GAYA HIDUP

Melihatkan gerakan fleksibelnya, sukar dipercayai bahawa pemilik nama Noraisyah Abdul Rashid ini sudah berkahwin, malah mempunyai seorang anak lelaki.

Sekarang semua kelas yoga saya dibawa ke virtual. Saya suka guna aplikasi Zoom, Google Meet, Facetime dan sebagainya. Mungkin ini juga rutin kami sehingga habis lockdown dan semua pelajar lengkap divaksin.”

Sebagai jurulatih, sejauh mana tahap kesedaran masyarakat tentang senaman pada waktu pandemik ini?

“Saya rasa bertambah baik sekarang. Mungkin sebab semua orang berada di rumah ketika lockdown, jadi saya nampak ramai yang melakukan aktiviti yoga sendiri sambil menonton YouTube.

Laman studio virtual yoga juga semakin banyak. Ada yang menawarkan latihan yoga secara maya di Instagram dan Facebook, mengikut keselesaan masa dan level pengalaman masing-masing.

Semuanya di hujung jari sahaja.” Ais Rashid

Kecantikan Ais memukau pandangan

 

Ais mempunyai pakej kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki

 

Senaman yoga antara aktiviti yang mendapat perhatian sekarang kerana ia mudah dilakukan di rumah dan tidak memerlukan kos yang besar.

Teringat kata Ais, ‘Hanya tikar yoga je’ dan senaman ini sesuai untuk semua!

“Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam yoga, saya nasihatkan supaya anda dapatkan bimbingan jurulatih bertauliah dulu. Lebih-lebih lagi jika melibatkan keseimbangan badan.”

 

HOLISTIK

“Saya seronok mengajar yoga kerana melalui senaman ini saya dapat bertemu dengan ramai pelajar yang berbeza latar belakang, berlainan usia dan pelbagai kaum.

The best part, from students now dah jadi seperti family dan berkawan rapat.” Ais Rashid

Latihan yoga bersama pengasas Sri Mawar, Aniza Adnan

 

Ais bersama pembaca berita TV3, Azwaliza Azman

 

Latihan di kediaman Datin Reena Zach

 

Ada petua pemakanan ke kalau nak maintain fit macam sekarang… Soal saya disambut ketawa kecil Ais.

“Eh, takdelah. Saya tak cerewet makan. Saya percaya kepada pemakanan dan cara hidup yang seimbang. ‘Moderation is the key.’

Sebenarnya walaupun kita mengajar kelas yoga setiap hari, bukan bererti boleh abaikan kesihatan dalaman.”

 

Mengakhiri perbualan kami, Ais sempat berkongsi tentang aktiviti terbarunya.

“Saya mengajar pihak korporat di mana terdapat banyak syarikat yang mengambil inisiatif Mental Health Awareness Month untuk kebaikan pekerja mereka.

Ini merupakan salah satu daripada kaedah baharu yang boleh dilakukan ketika pandemik terutamanya mereka yang bekerja dari rumah.

Senaman yoga dapat membantu meregangkan otot-otot dan membantu mengurangkan sakit sendi dan badan jika work from home terlalu lama.

 

Impian saya agar lebih ramai masyarakat sedar akan kepentingan senaman, khasnya yoga kerana ia ibarat warm-up kepada senaman lain,” akhiri Ais yang memasang cita-cita mahu menubuhkan Yoga Academy, seterusnya melatih pelapis-pelapis jurulatih peribadi yang profesional dan bertauliah suatu hari nanti.

Share
Published by
Norzalina