Dunia bola sepak seluruh dunia berdukacita di atas pemergian Legenda bola sepak Brazil, Pele yang merupakan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis menurut laporan CNN.
Bekas penyerang sensasi dunia itu mengalami masalah pernafasan dan komplikasi yang berkaitan dengan kanser kolon. Pada minggu lalu, pihak hospital berkata, kesihatannya semakin teruk apabila kansernya semakin merebak.
Dia meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ berikutan madalah kanser kolon, menurut kenyataan dari Hospital Albert.
“Kami sayang anda tak terhingga. Rehat dengan tenang,” kata seorang anak perempuannya, Kely Nascimento di catatan Instagram miliknya.
Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 2022, Lionel Messi turut mengucapkan selamat tinggal kepada wira bola sepak Brazil Pele itu di Instagram. Messi turut menyiarkan foto dirinya dan ‘Raja’ yang diambil ketika detik gembira mereka.
“Rehat dengan tenang, Pele,” tulis Messi selepas pengumuman bahawa Pele telah meninggal dunia di hospital pada usia 82 tahun oleh anak perempuannya.
Bintang bola sepak lain seperti Ronaldo dan Mbappe turut memuat naik foto kenangan bersama Raja Pele dan menitipkan ucapan takziah buat keluarganya.
Menurut Sky Sports, satu mesej daripada akaun Twitter rasmi Pele menyatakan: “Inspirasi dan cinta menandakan perjalanan Raja Pelé yang meninggal dunia dengan aman hari ini. Cinta, cinta dan cinta, selama-lamanya.
3. Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento berasal dari keluarga miskin di Sao Paulo memenangi Piala Duni pada tahun 1958, 1962 dan 1970 bersama Brazil.
4. Kecederaannya menyekat sumbangannya kepada kejayaan Brazil pada Piala Dunia pada tahun 1962 di Chile.
5. Pele menjadi pemain kejohanan itu lapan tahun kemudian ketika Brazil menjadi salah satu pasukan terhebat sepanjang masa dan menjulang trofi Piala Dunia di Mexico hasil kemenangan 4-1 ke atas Itali yang mana Pele menjaringkan gol pembukaan.
Sumber: Agensi